Rabu, 7 September 2011

Berita yang tak beghapa nak berita

1. SAF baru2 ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemain tengah inter milan, wesley sneijder yang dikaitkan dengan perpindahan ke MU bukanlah 'ideal replacement' kepada bekas maestro tengah MU, paul scholes yang telah bersara. menurut SAF, duo pemain barcelona iaitu andres iniesta ataupun xavi merupakan calon selayaknya untuk menggantikan scholes.

komen aku: 

MU tak perlula nak perabih duit nak beli sneijder walaupun mungkin transfer tu akan on balik bulan januari ni. dahla beli pun mahai, bayaq gaji pun nala nya tinggi. rasa cam tak berbaloi lak. lagipun duk tengok kebelakangan ni, anderson dah nampak cam matured, bukan takat leh main defensive, tapi bleh support bahagian serangan lagi. mungkin kalu nak improve pun, long shot dia la. bagi aku, anderson dah kena consider sebagai 1st choice midfielder dah. cuma pair ja kena tukaq2 ikut kesesuaian taktikal dan pasukan mana yang nak lawan. agak lawan yang tough skit, bleh la letak fletcher sebagai partner anderson. nak main open, letak carrick. nak attacking dan adventurous, pakai cleverly.


2. dua kelab gergasi sepanyol, real madrid dan barcelona menguasai 41 % bayaran yang diterima oleh liga BBVA daripada siaran TV. dari jumlah 657.5 juta euro yang dibayar, real madrid dan barcelona masing2 berkongsi hampir 135 juta euro. valencia merupakan kelab yang menerima bayaran ketiga tertinggi iaitu hanya 48 juta euro dan selebihnya dibahagikan kepada 17 buah kelab lagi dengan masing2 menerima antara 13 hingga 16 juta euro sahaja.

komen aku:

barcelona dan real madrid duk terima bayaran mahai sebab dalam liga BBVA, kelab2 bleh negotiate sendiri dengan TV banyak mana bayaran yang kena terima. barcelona dan real madrid sahih la bleh dapat banyak sebab depa dua memang top team, dahtu stadium pun besaq dan crowd pun memang penuh. tu yang bleh banyak duit. banding dengan kelab lain, stadium pun ala saiz cam stadium malaysia ja, dahtu tak tentu penuh. nasib malaga kira baik la sebab owner depa kaya, tu yang bleh beli dan bayaq gaji tinggi kat player2. sebelum ni valencia ada masalah kewangan sampai terpaksa juai david villa kat barcelona, baru2 ni villareal lak kena masalah kewangan. tu pun mujoq juai santi cazorla dan setel hutang2 yang ada. 


3. pemain pertahanan arsenal, thomas vermaelen dijangkakan akan berehat selama dua atau tiga bulan selepas menjalani pembedahan lutut. sebelum ini vermaelen tidak beraksi kerana mengalami masalah kecederaan. ketiadaan vermaelen telah mengurangkan kekentalan benteng pertahanan arsenal. kelemahan benteng pertahanan arsenal telah dieksploitasi oleh MU ketika mengalahkan skuad arsene wenger tersebut dengan keputusan 8-2. beberapa pemain arsenal menyatakan kegembiraan mereka selepas arsene wenger melakukan pembelian besar2an di saat akhir tingkap perpindahan pemain dengan membawa masuk nama2 besar seperti mikel arteta, yossi benayoun dan per mertesacker. arteta dilihat bakal menjadi nadi utama di bahagian tengah manakala mertesacker pula bakal menguatkan pertahanan arsenal memandangkan beliau mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa serta memiliki susuk tubuh yang tinggi.

komen aku:

sepatutnya fabregas dan nasri dijual secepat yang mungkin terutamanya lepas tau hasrat depa untuk blah dari arsenal. bukan apa, kalu depa dua dijuai awai, wenger mungkin dapat cari replacement dengan cepat dan pemain baru tu dapat menyesuaikan diri dengan arsenal bila dapat join pre-season. ada yang melihat pembelian wenger pada hujung transfer window ni macam panic buy. bagi aku, arsenal patut concentrate kat defender dan seharusnya wenger beli gary cahill. mamat ni memang sempoi dan rasanya dah bleh la kot lekat dalam skuad utama england.


4. ketua eksekutif man city, gary cook sedang disiasat selepas didapati beliau telah menghantar emel yang agak kurang ajar kepada ibu pemain man city, nedum enohua. ada sebahagian komentator bola sepak berpendapat FA seharusnya mengambil tindakan dengan cepat sepertimana yang telah ditunjukkan ketika mengenakan denda kepada rooney selepas rooney didapati bersalah mencarut ketika perlawanan berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan