Rabu, 7 September 2011

Keputusan perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011



Kedah memulakan kempen Piala Malaysia 2011 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Johor di Larkin dengan keputusan 2-0. Dua gol Kedah dijaringkan oleh penyerang utama Kedah, Khyril Muhaimeen. Diberitakan bahawa jurulatih Kedah, Haji Wan Jamak telah menggunakan formasi 5-3-2 dan corak permainan Kedah begitu tersusun. Sebelum ini segelintir peminat Hijau Kuning agak risau dengan prestasi yang akan ditunjukkan Kedah dalam Piala Malaysia setelah dilihat hanya terlibat dalam perlawanan persahabatan yang kurang mencabar. Namun, ternyata Kedah berkemungkinan telah melakukan persediaan yang secukupnya untuk menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan