Selasa, 20 September 2011

Preview: MU vs Leeds United

MU perlu melakukan persediaan terbaik bagi kunjungan ke elland road untuk bertemu seteru lama, leeds united bagi saingan piala carling terutamanya leeds berjaya mengalahkan MU dalam perlawanan terakhir sebelum ini. para peminat MU sudah pasti dapat mengingati kekalahan MU di tangan leeds apabila tewas 0-1 dalam pertandingan piala FA pada tahun 2010. dalam perlawanan tersebut, leeds memperoleh gol kemenangan menerusi bekas penyerangnya, jermaine beckford.

pengurus leeds, simon grayson menyatakan bahawa beliau membuat pemantauan terhadap pasukan MU apabila hadir ke OT untuk melihat MU beraksi menentang chelsea. namun, grayson mengakui mengalami masalah untuk membuat jangkaan kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh SAF walaupun telah melakukan 'kerja rumah' sepatutnya sebagai persediaan untuk bertemu MU.

SAF sekali lagi akan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama MU dengan membariskan gandingan tenaga tua dan muda. pastinya giggs, JSP dan owen merupakan antara nama yang akan disenaraikan di samping SAF memberikan peluang kepada pemain2 muda seperti pogba dan keane untuk beraksi. berikut merupakan kesebelasan utama MU yang aku jangkakan akan diturunkan:

lindegaard

jones - ferdinand - evans - fabio

valencia - carrick - giggs - JSP

berbatov - owen

walaupun tiada dalam kesebelasan utama, kemungkinan pogba dan keane akan dimasukkan sebagai pemain gantian memandangkan SAF bercadang untuk memberikan pemain2 muda tersebut membuat penampilan sulung buat MU. selain itu, SAF tampak memiliki pilihan yang sedikit untuk barisan pertahanan selepas smalling, rafael dan vidic masing2 mengalami kecederaan.

atas kertas, barisan MU ini dilihat mampu untuk mengetepikan cabaran leeds yang beraksi di halaman sendiri. walaubagaimanapun, MU perlu bersedia untuk menghadapi saingan sengit daripada leeds yang sudah pasti ingin melihat MU berputih mata sekali lagi di tangan mereka. aku menjangkakan MU dapat mengatasi leeds dengan keputusan 4-2 dengan gol2 disumbangkan oleh owen, berbatov dan JSP.

jadi, jangan lupa menyaksikan aksi MU menentang leeds pada jam 2.45 pagi di saluran astro supersport 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan