Selasa, 20 September 2011

Review: MU vs Chelsea

Keputusan perlawanan:

Manchester United 3
Chris Smalling 8'
Nani 37'
Wayne Rooney 45'

Chelsea 1
Fernando Torres 46'


Ulasan perlawanan:

MU bermula agak perlahan di babak awal separuh masa pertama manakala chelsea cuba untuk merobek pertahanan MU dengan percubaan2 awal. chelsea berjaya menggemparkan MU dengan serangan awal apabila torres yang bijak melepasi kawalan pertahanan MU lalu membuat lorongan kepada ramires. pada ketika itu, ramires kelihatan dapat menolak masuk bola ke dalam gawang gol MU setelah penjaga gol MU, de gea agak 'off position'. namun kepantasan de gea membolehkan dirinya menepis sepakan ramires sekaligus mennyelamatkan gawang MU daripada dibolosi.

seumpama terjaga dari tidur, MU bangkit untuk memberikan aksi yang kemas. MU banyak memulakan pergerakan dari bahagian tengah menerusi anderson manakala fletcher beraksi baik apabila menguasai kawasan tengah padang serta menghadkan pergerakan chelsea. gandingan sayap MU iaitu nani dan young turut cemerlang dalam mengucar-kacirkan pertahanan chelsea dan mengakibatkan pertahanan chelsea kerap membuat bentesan yang memberikan sepakan percuma kepada MU.






Smalling menjaringkan gol pembukaan perlawanan menerusi tandukan cantik


hasilnya, MU memperoleh gol pertama apabila smalling menanduk masuk bola ke dalam gawang chelsea selepas menyudahkan sepakan percuma young. walaupun smalling kelihatan berada dalam posisi 'offside' namun pertahanan chelsea tampak sukar untuk membendung pemain2 MU tatkala sepakan percuma dilakukan.

sejurus gol tersebut, MU mula menampakkan taring serangan terutamanya melalui nani. pemain leftback england, cole menghadapi kesukaran untuk menghalang nani yang bijak menggelecek dan membuat hantaran2 silang. bahagian tengah MU juga memberikan aksi yang mencengkam seterusnya menyukarkan chelsea untuk membuat pergerakan2 yang berkesan.


 Gol kedua MU disumbangkan oleh nani apabila merembat masuk dari luar kotak penalti


gandingan mata dan cole untuk mengekang nani tidak berhasil apabila nani berjaya menjaringkan gol kedua MU. nani bijak melepasi kawalan mereka berdua sebelum membuat rembatan deras dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol chelsea. gol tersebut memberikan kelebihan buat MU untuk bermain dengan lebih 'adventurous' bagi memburu lebih banyak gol.





Rooney mudah menolak masuk bola ke dalam gawang Chelsea selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti


oleh kerana pertahanan MU tidak menghadapi banyak masalah dalam mengatasi serangan2 chelsea, ini membolehkan pemain muda MU, jones kerap naik ke atas untuk membantu serangan. larian cantik jones sambil membawa bola dari kawasan tengah padang sehingga kotak penalti chelsea telah menyebabkan pertahanan chelsea menjadi kelam kabut. jones menghantar bola tersebut kepada nani yang kemudiannya cuba untuk menghantar semula kepada jones sebelum dihalang oleh kapten chelsea, terry. berlaku kekalutan apabila pemain2 chelsea cuba untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan bola tersebut singgah di kaki rooney. rooney yang tidak dikawal, mudah menolak masuk ke dalam gawang chelsea untuk gol ketiga MU, di penghujung babak separuh masa pertama.

sepertimana separuh masa pertama, chelsea garang sebaik sahaja bermulanya separuh masa kedua untuk mengurangkan defisit gol. usaha mereka berhasil apabila torres yang menerima hantaran cantik anelka mudah menewaskan de gea untuk gol tunggal chelsea. gol tersebut menaikkan semangat pemain chelsea yang mula bermain dengan baik untuk memburu gol seterusnya. secara tidak langsung, bahagian tengah MU mula tertekan dan melakukan kesilapan demi kesilapan. berbanding anderson, fletcher tampak tenang untuk mengimbangi bahagian tengah chelsea dan cuba memperlahan rentak permainan kedua2 pasukan. anderson dikeluarkan dan digantikan dengan carrick bagi memperkuatkan bahagian tengah MU.


Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila tergelincir


walaubagaimanapun, MU tetap cuba memberikan saingan kepada chelsea menerusi nani. MU memperoleh sepakan penalti apabila nani dijatuhkan dalam kotak penalti selepas cuba untuk mendapatkan bola yang melantun selepas terkena palang gol chelsea. namun, rooney gagal melaksanakan tugas mudah apabila tergelincir ketika mengambil sepakan penalti mengakibatkan bola jauh tersasar.


Torres terlepas peluang untuk menambahkan jaringan

kedua2 pasukan saling berbalas serangan dengan tempo perlawanan yang agak laju. kealpaan barisan pertahanan MU menyebabkan torres berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol kedua. tetapi, mungkin disebabkan kekalutan ataupun keterujaan, torres gagal berbuat demikian walaupun pintu gol MU ternganga luas.


Bentesan Cola ke atas Chicharito yang menimbulkan kemarahan SAF


MU turut gagal menambahkan jaringan apabila beberapa percubaan gagal menghasilkan gol, sama ada terkena palang gol chelsea atau diselamatkan di atas garisan gol. chelsea yang agak tertekan mula bermain dengan keras. beberapa pemainnya dilayangkan kad kuning akibat membuat bentesan yang ganas terutamanya di penghujung babak separuh masa kedua apabila cole membentes chicharito sehingga chicharito mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.

secara keseluruhannya, MU bermain dengan baik pada separuh masa pertama manakala separuh masa kedua, MU agak lemah di bahagian tengah. anderson tidak begitu berkesan ketika MU berada dalam situasi bertahan berbanding semasa MU melancarkan serangan. kehadiran semula fletcher ke dalam pasukan sedikit sebanyak memperkuatkan bahagian tengah MU. nani sememangnya layak untuk ditabal sebagai 'MOTM' kerana menunjukkan aksi yang begitu bertenaga. pemain2 muda MU terutamanya de gea perlu diberikan pujian kerana beberapa kali menyelamatkan gawang MU daripada dibolosi.

GLORY GLORY MAN UNITED!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan