Jumaat, 30 Disember 2011

Mungkin salah sorang dari dua pemain ni MU perlu beli Januari nanti


kita dah memang sedia duk tau yang SAF pun dah kata baru ni yang MU takkan nak spend duit beli pemain bulan januari ni melainkan ada pemain yang baguih dalam pasaran. apa yang aku paham adalah pemain2 yang MU nak beli tu kemahiran dia mestila hebat dari kualiti pemain2 yang ada kat MU lani. amik contoh kat bahagian tengah MU. lani MU ada anderson, carrick, cleverly dan fletcher. giggs kita tolak tepi la sebab dia ni dah kira otai dan kudrat dia takleh nak guna slalu. keempat2 pemain yang aku mention tu memang diakui ada kekuatan masing2. kira SAF boleh ikut suka ati nak guna sapa pun tapi based on strategi dan taktikal yang nak guna la. tapi dah nak jadi cerita, lani tinggai carrick ja yang bleh men sebab hat len pakat cedera abih.

jadi, aku rasa MU kena spend duit cari pemain baru untuk midfield ni. apa yang aku dapat simpulkan, ni berdasarkan pembacaan dari internet la, dua pemain ja sesuai untuk MU lani. kira beli2 teruih bleh men. dua pemain tu adalah luka modric dan mesut ozil. modric dan ozil ni memang sesuai untuk MU sebab ada kreativiti dalam menjana serangan MU.

meh kita sembang pasai modric dulu. rasa cam rugi lak MU tak beli awai2 dulu sebelum modric join spurs. ada jugak la rumours, tapi cam tak bapa kuat. mungkin scout MU dan SAF sendiri tak bapa yakin kat modric ni leh men ka dak kat BPL, maklumla badan haluih. tapi modric lani bleh kata antara playmaker yang baguih dalam BPL. walaupun spurs dah ada van der vaart, modric masih lagi mampu jadi penggerak serangan spurs. rajin pun rajin. kira sesuai la untuk attacking option. tapi jangan harap modric nak tolong defend lak. yang ni bagi la carrick ka, fletcher ka buat heheh,

ozil lak lani kira duk panas bangku simpanan ja. katanya ozil cari pasai dengan mourinho. jadi sebagai balasan, mourinho boh ozil sebagai simpanan ja. tak lekat langsung dalam 1st eleven. tapi ada jugak football pundit kata taktikal yang mourinho pakai untuk atoq gameplay real madrid lani tak bapa nak masyuk dengan stail ozil. jadi, ozil ni terperap ja la takleh men. 

kalu MU betoi2 terdesak la nak beli player, ozil dan modric ni bleh jadi pilihan yang baguih untuk MU. bukan apa, depa nya ability memang dah proven dan dah ada pengalaman main dalam UCL. tapi cam besa la, harga untuk pala depa sahih mahai punya. modric mungkin dalam 25-30 juta pound manakala ozil lak tak sampai 20 juta kot. tapi aku duk rasa, payah jugak la MU nak spend duit banyak tu nak beli sorang2 player sebab SAF suka cari dan beli pemain hat boleh men banyak posisi.

p/s: rugi terlepas varane....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan