Rabu, 14 Disember 2011

Al -kisah pemain MU


ari ni aku nak sembang merapu meraban lagi. posting ni akan lebih fokus kepada pemain2 MU. kira aku ulas ikut pala otak aku tentang performance dia, tak kira la, masalah kecederaan ka, cara main ka, semua la, kot mana aku dan. saja ja nak bagi blog aku ni idup hahaha. tapi aku cover tak semua player MU la.


David de Gea

pada aku dia ni memang ada talent nak jadi top world class goalkeeper. memang baguih MU beli dia awai, time dia muda. mana tau, kot dia ni konsisten, mungkin bleh main sampai umoq 40 tahun, kira 20 tahun la duk kat MU. tu kemungkinan saja. kot2 la dia nak beralih angin pi tang len lak. sayang jugak la MU amik DDG ni lambat, maksud aku lepas VDS bersara. patutnya beli dia lebih kurang sama masa beli lindegaard. dan la jugak VDS perturun ilmu dia. tambah lak DDG ni muda, dahtu takdak sangat experience men liga luaq selain la liga, jenuh jugak la nak adapt dengan gameplay BPL. lani kira dah macam ok bila main. cuma yang kurang adalah komunikasi dengan defend dan kelam kabut bila wat clearence. DDG nampak cam takdak konfiden nak bagi arahan dalam nak atoq defend. dahtu, bila defend buat back pass, nampak cam kelam kabut nak tendang. takpa kalu nak tendang cepat pun, tapi biaq la ada arah. bukannya hawin tak ketahuan pala ekoq. dua ni ja pun yang aku nampak kurang. kelebihan DDG ni aku rasa dari segi agility dan ball distribution. senang crita dia ni mudah terbang dan cepat refleks dia terutama bila ada percubaan mengejut. yang ball distribution lak, DDG ni memang pandai bagi bola kat kawan, tak kira la tendang ka, baling ka. time masa dia bagi ni, takleh kelam kabut la. kalu kelam kabut, pakai merapu la bola dia bagi.


Antonio Valencia

aku cukup hepi bila MU beli dia dari wigan. bukan apa, cam aku penah bagitau sebelum2 ni, aku suka valencia ni sebab dia pure winger. simple as that. cara valencia ni men memang direct. dapat bola, cuba dribble opponent, lepas ja, lari dan cross bola. tadak benda2 karut cam side step ka, cut inside ka. tapi masalah valencia ni aku rasa ada dua jugak. yang pertama, nak tunjuk balik performance baguih lepas cedera. bila mai cedera ja, valencia ni kira salah sorang yang lambat nak dapat balik form, kira lambat nak panas balik. yang kedua, valencia ni cuba nak tambah stail nani dalam game dia. aku rasa hat ni betoi2 karut. valencia is valencia, nani is nani. valencia tak perlu ubah direct gameplay dia jadi seropa nani. bukan apa, hampeh. sebelum game dengan wolves baru ni, nampak sangat valencia ni teruk. tapi lega la, masa game hujung minggu lepas, valencia dah kembali ke asai. main simple. lepas ja defender, kasi cross itu bola. tak kira la, bola rendah ka, tinggi ka. janji supply bola dalam kotak penalti dan bukannya ligan personal glory. kalu valencia menten ja men camtu, tak mustahil la, rooney leh continue score lagi.


Phil Jones

satu nama yang hangat diperkata lani. memang ada ciri2 pemain peringkat dunia. MU pi beli jones ni memang satu keputusan yang bijak. ada potensi, bakat, kemahiran dan fizikal yang baguih. walaupun beli untuk jadi defender asainya, tapi sebab jones ni leh men banyak posisi, SAF pun deploy la si jones ni men tengah. pemain ni bila ada bakat, memang tadak masalah nak main banyak posisi. amik contoh rooney or CR. player yang hanya ada potensi dan kemahiran takleh men banyak posisi tapi bila men untuk satu posisi tu, dia akan betoi2 terer, seropa cam giggs atau OGS. berbalik crita pasai jones, aku nampak dia ni lebih menonjol bila main tengah. tapi kena make sure la partner dia tu cekang. kira lani hat sesuai main dengan jones adalah carrick. jones ni nampak rajin, turun naik atas bawah, dahtu kaco setplay opponent. role jones ni nampak ala2 cam keane. kalu tak salah aku, keane pun main seropa ni la dan partner dia, scholes yang duk handel buka game dari tengah. so jones ni kena ada carrick. carrick buka game MU. kalu pairkan jones ni dengan fletcher, anderson atau cleverly nampak cam tak bapa nak menjadi. fletcher punya game pun lebih kurang jones. anderson dan cleverly lak tak bapa terer buka game dari tengah dan suka nek atas bagi support. semua pakat nek atas, sapa nak duk tengah.


Michael Carrick

seorang yang senyap ja, takdak nak kepo2. janji wat kerja. carrick memang cara men mudah. cuba control tengah dan hantaq bola kat kawan. yang mahainya carrick ni adalah dia mampu wat hantaran kat kawan dari jauh dan dia ni memang prefer stay kat tengah. biaq ja kawan2 yang attack. role ni memang cukup payah sebab kebanyakan midfield akan out position sebab duk syok nek atas nak skor. carrick ni cukup payah nak nampak dia duk dalam kotak penalti lawan. sebab tu carrick ni leh main dengan sapa2 pun, dari scholes sampai la ke jones la ni. 2 3 musim dulu pun, carrick sempoi ja pair dengan anderson. carrick ni bleh la kata SAF sayang sebab jenih low profile. sebab tu yang SAF tak lepas carrick dan duk renew ja kontrak dia. lani duk nampak carrick makin baguih. kalau cleverly atau anderson bleh main balik, mungkin payah jugak nak dispose carrick ni.


Ashley Young

antara pemain sayap yang berbakat. bila sebut berbakat ni, kira young ni memang bleh main banyak posisi jugak. young ni meletup di awai musim, tapi lepas tu sangkut dengan masalah kecederaan. baik ja dari kecederaan, terkapai2 nak cari balik form terbaiknya. bukan skali, tapi dah bapa game yang young men lepas dari injury ni nampak cam hampeh. bleh kata tak nampak langsung kelibat young ni. aku rasa, young kena main balik stail dia, seropa cam valencia. main simple sudah dan jangan terlalu cuba atau pulun nak wat solo contribution. young ni mesti wat cross selalu dan kadang kala ja try buat percubaan dengan kaki kanan dia tu. ni tiap2 kali nak tarik bola masuk ke dalam. tu yang defender lawan dapat sekat tu. kalau young bleh recover balik form asai dia, MU ni tadak masalah nak potong man city untuk duk atas masa tahun baru nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan