Petua-Petua Daripada Imam Asy- Shafi`e
Disenaraikan di sini petua yang diamalkan oleh Imam Asy- Shafi`e. Moga dapat kita amalkan bersama.
4 perkara menguatkan badan iaitu:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
4 perkara melemahkan badan iaitu:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas dan gelisah
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
4 perkara menajamkan mata iaitu:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
4 perkara merosakkan mata iaitu:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
4 perkara menajamkan fikiran iaitu:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
4 Jenis Cara Tidur dan maksudnya iaitu :
1. TIDUR PARA NABI >> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA dan AHLI IBADAH >>; Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA>> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN>> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan