Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JDT. Papar semua catatan

Rabu, 5 November 2014

Tahniah Tok Gajah


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang kerana menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menumpaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti. Kejuaraan Pahang tahun 2014 ini mengulangi kejayaan yang dikecapi pada tahun lepas yakni menjadi juara Piala Malaysia dua tahun berturut-turut. Kini, Pahang sudah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali, menyamai pencapaian Kedah dan Pulau Pinang.

Senarai pemenang tahun ni


Kancah bola sepak Malaysia semakin berkembang saban tahun. Rakyat Malaysia sudahpun mulai mengambil minat terhadap arena bola sepak tempatan. Kebangkitan pasukan-pasukan yang dikira 'old timer' dan munculnya pasukan baru yang mantap telah menjadikan saingan bola sepak tempatan. Malaysia sememangnya memerlukan suasana begini walaupun FAM tidak banyak membantu dalam memeriahkan lagi bola sepak tempatan dengan pelbagai keputusan yang dilihat tidak begitu bijak. Walaubagaimanapun, kita selaku rakyat Malaysia harus berbangga dengan sukan bola sepak kita sendiri dan memberikan sokongan terhadap pasukan yang diminati. 

Jumaat, 5 September 2014

Sapa sangka Kedah boleh pi


Kedah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia (PM) 2014 apabila menjadi juara Kumpulan B yang turut terdiri daripada Terengganu, Sarawak dan Perak.

Isnin, 2 Jun 2014

Dah nak sampai final dah ni


Pertembungan perlawanan akhir Piala FA musim ini akan menyaksikan Pahang akan bertemu dengan Felda United. Kedua-dua pasukan layak ke pentas akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing dalam dua pusingan perlawanan di separuh akhir.

Selasa, 25 Februari 2014

Perlawanan separuh akhir Piala FA 2014


Saingan Piala FA 2014 kini di peringkat separuh akhir akan melibatkan empat pasukan terbaik yang terdiri daripada dua pasukan negeri dari pantai timur dan dua pasukan berstatus kelab. Kelantan akan bertemu dengan Felda United manakala Pahang berhadapan cabaran JDT.


Rabu, 19 Februari 2014

Kedah takat suku akhir ja la


Kedah sememangnya tidak mampu untuk menyekat kemaraan JDT untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila tumpas 0-2 di Stadium Darul Aman (SDA) malam tadi sekaligus kalah 1-5 secara agregat dalam dua perlawanan peringkat suku akhir.

Khamis, 6 Februari 2014

Keputusan perlawanan kedua Piala FA


Kedah melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2014 dengan cukup bergaya apabila menumpaskan Perlis dengan keputusan 4-0. Kemenangan tersebut membolehkan Kedah untuk bertemu dengan JDT yang telah diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team hasil keputusan yang dicapai oleh FAM. Keputusan itu diambil selepas T-Team tidak menamatkan perlawanan selepas berlaku kontroversi di Johor.

Jumaat, 29 November 2013

Undian Piala FA 2014


Undian bagi penentuan perlawanan Piala FA telahpun selamat dilakukan. Perlawanan pusingan pertama akan diadakan pada 21 Januari 2014. JDT dan Kelantan diberikan 'bye' setelah kedua-dua pasukan berjaya beraksi di pentas akhir tahun ini.