Khamis, 22 Disember 2011

Ulasan MU vs Fulham (Pakndak HKC)

terbaekkkkkkk!!!! itu yg boleh pakndak ungkapkan buat aksi mu pagi tadi.. menang dgn jaringan besar mcm tue memberi sedikit rasa lega buat peminat yg sebelum ini rasa kurang senang dgn persembahan mu.. tapi yang menjadi keutamaan bagi pakndak adalah kemenangan yg berterusan, konsisten dalam setiap permainan dan dapat menewaskan pasukan2 besar dalam liga.. itu keutamaan pakndak sebab hala tuju kita terus memberi tekanan dan saingan kepada pencabar terdekat

pakndak lebih berminat untuk memberi pandangan dari sudut kelemahan yang dapat kita nilai dari game pagi tadi.. 5 gol adalah bonus tapi lebih penting 3 mata berjaya dikutip.. terdapat beberapa pemain yang pada pandangan pakndak perlu lagi memperbaiki untuk lebih baik aksi akan datang

kita tolak sat bab 5 gol tue tapi pakndak tak nak ulas setiap pemain cuma beberapa pemain saja.. pada pandangan pakndak otai giggs berjaya memainkan peranan dia sebagai pemain tengah.. walaupun kita patut sedar kelebihannya adalah beraksi diposisi wing kiri.. dengan kekurangan pemain tengah dan kita dah ada ramai pemain wing kiri so giggs diguna pakai utk membantu bahagian serangan.. cuma pakndak nampak kudrat giggs sekarang agak terbatas.. giggs nampak keletihan maybe sebab tak kerap turun bermain tapi ada kala giggs kerap terlepas bola.. dia dah tak selaju zaman remaja dia dulu.. dan dia jugak bermain secara relax dan pakndak harap jangan la terlalu relax.. menjaringkan satu gol utk pasukan adalah terbaik dan memang layak digelar lagenda mu

persembahan carrick pagi tadi sedikit tenggelam.. maybe peranan dia dah diambik giggs dan carrick yg bertindak sedikit bertahan membataskan pergerakkkan carrick utk keatas.. dia lebih banyak berlegar2 diruang tengah padang dan tak mustahil kalau peranan dia dikembalikan kepada membantu serangan, peranan carrick akan lebih terserlah.. so kira kita beruntung carrick boleh beraksi dikedua dua posisi tue samada bertahan atau menyerang

rooney terus meledak gol dan bagi pakndak gol tue dikira gol tercantik.. satu rembatan jauh menewaskan keper fulham dengan bola melencong masuk cantik.. tapi pakndak dapat lihat rooney gagal banyak kali utk melepasi kawalan pihak lawan.. sikap rooney sekarang dan tak berapa melawan macam dulu.. mungkin sebab mu dah selesa kot dengan gol2 tadi tapi kalau ditoleh balik, rooney memang mempunyai sikap seorang pejuang.. bila terlepas bola atau merasakan dia melakukan kesilapan atau terlepas bola kekaki lawan, dia akan cuba mengejar untuk mendapatkan balik bola tersebut dan sekurang2nya melakukan bentesan.. itu sikap sebenar rooney, takkan membiarkan silap diri sendiri dan cepat 'naik angin'.. mungkin kot lepas banyak kaunseling dan merujuk pakar rooney sekarang dah cuba kontrol rentak emosi dia.. cuba mengelak dari mendapat kad merah bodoh dan mungkin jugak cuba mengelak dari kecederaan.. so rooney sekarang lebih relax dari rooney dulu yg lebih nakal dan angin satu badan

prestasi young masih ditahap sama.. tiada kemajuan dan tiada peningkatan sejak dia berehat cedera hari tue.. mungkin perlu lebih masa untuk kembali kestamina sebenar seperti pemain2 lain yg perlukan masa seperti valencia dan nani.. kita bagi masa tapi terus terang pakndak tak meletakkan harapan tinggi pada young utk bermain dikesebelasan utama selepas aksi valencia dan nani sekarang cukup cemerlang.. cuma bila terjadi kes mcm pagi tadi bila young cedera kita dah macam takdak wing kiri walhal sebelum tue semua jaringan kita bermula dari aksi baik dan serangan dari semua sayap

park ji sung semakin menurun persembahan dia.. macam wau putus tali.. maybe tak fit sebab kerap sgt memanaskan bangku simpanan.. dia tak berfungsi sebagai wing kiri dan tak nampak plak dia berfungsi sebagai tengah.. bila dan masuk ketengah kita takdak wing kiri selain mengharapkan evra datang membantu.. evra pun dah nampak sedikit menurun prestasi dia.. banyak gol2 pihak lawan sebelum nie sebenarnya berpunca dari kesilapan dan kurang tumpuan dari evra.. so evra perlu ambik berat bab nie sebab dia cuma menonjol sebab kita takdak pemain pengganti terbaik yang boleh gugat posisi bek kiri tue.. kalau ada rasanya evra kena pulun nak ambik balik posisi dia

dan last sekali posisi keper, bagi pakndak de gea patut ada rasa bimbang dengan aksi dia.. ada perkara yang tak mampu de gea buat.. komunikasi dengan barisan pertahanan adalah amat penting.. memberi arahan semasa bermain termasuk mengeluarkan bola sewaktu tertekan adalah kunci utama.. perlu lebih banyak memainkan peranan sebagai orang terakhir untuk memastikan barisan pertahanan memainkan peranan dan mengikut arahan.. so pandangan pakndak lindergard beraksi lebih baik berbanding de gea..

yang lain2 semua dikira ok, barisan pertahanan pun dikira amat cemerlang.. dengan rio direhatkan, smalling dan evans memang berjaya melaksanakan misi masing2.. cuma dirisaukan kecederaan jones dan young taktau tahap mana.. harap2 tak ambik masa untuk kembali kedalam pasukan.. bagi pakndak welbeck lebih berperanan membantu rooney sebab dia lebih rajin dan banyak membuka peluang.. cuma peranan berbatov perlu kita nilai dari semasa ke semasa.. kalau terus konsisten menjaringkan gol tak pelik peranan tue kita gilir2kan dengan welbeck.. tapi kita kena ingat ada sorang lagi striker kita yang direhatkan.. hernandes jugak perlu menjaringkan lebih banyak gol dan jangan persiakan peluang untuk menempatkan dia balik keposisi dan peranan dia.. sekarang nampak hernandes skit tenggelam dengan aksi welbeck yang lebih mendapat kepercayaan SAF..





source: Pakndak HKC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan