Rabu, 7 Disember 2011

Preview: MU vs FC Basel


MU akan bertemu FC Basel (FCB) pada awal pagi esok dengan harapan ingin mengelakkan kekalahan sekaligus menjamin tempat ke peringkat kalah mati. perlawanan awal pagi esok merupakan perlawanan terakhir di peringkat kumpulan yang akan menentukan pasukan yang akan mengiringi benfica bagi mewakili kumpulan C. MU kini dilihat tertekan kerana terpaksa beraksi dengan baik bagi mencatatkan keputusan perlawanan di tempat lawan yang memihak kepada MU selepas gagal memperoleh keputusan yang memuaskan ketika beraksi di OT di mana MU hanya mampu seri dengan benfica dan FCB.

sepertimana yang diketahui, MU mengalami masalah kecederaan yang agak teruk di kalangan pemain terutamanya di bahagian serangan dan tengah. MU tidak dapat menggunakan khidmat berbatov apabila berbatov gagal dalam ujian kecergasan sebelum skuad MU berlepas ke switzerland. selain berbatov, MU juga telah kehilangan chicharito yang mengalami kecederaan ketika bermain menentang aston villa. owen turut diketepikan akibat masalah kecederaan yang berulang. oleh sebab itu, welbeck akan dipertaruhkan untuk bergandingan dengan rooney di bahagian serangan berbanding macheda dan MBD yang gagal menunjukkan persembahan yang baik ketika diberikan peluang beraksi.

carrick yang cemerlang ketika bertemu benfica tidak dapat diturunkan gara2 digantung perlawanan menyebabkan pilihan untuk bahagian tengah MU berkurangan. anderson dan cleverly pastinya tiada dalam senarai skuad akibat berehat panjang seterusnya menyebabkan SAF terpaksa bergantung harapan kepada tenaga daripada pemain paling senior MU iaitu giggs. giggs berkemungkinan akan berpasangan dengan fletcher bagi mengemudikan bahagian tengah MU. mereka akan diapit oleh young yang akan beraksi di sayap kiri manakala nani beroperasi di sayap kanan.

kudrat vidic pastinya kembali ditagih bagi menguatkan pertahanan MU. vidic akan bergandingan dengan ferdinand yang aku yakin dapat membendung sebarang kemaraan FCB yang akan cuba merobek gawang gol MU yang akan diawasi oleh DDG. jones akan mengisi slot rightback manakala evra beraksi di leftback. kunci kekuatan MU bagi bertemu dengan FCB pastinya terletak pada bahagian pertahanan. jika ferdinand, vidic, jones dan evra mampu mengekang asakan FCB dan mengelakkan FCB daripada mendapatkan gol awal, aku yakin MU mampu mencatatkan kemenangan di halaman lawan awal pagi esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan