Rabu, 21 Disember 2011

Preview: MU vs Fulham


MU akan meneruskan tekanan terhadap 'jiran yang bising' iaitu Man City dengan cuba mengekalkan rentak kemenangan yang dicatatkan pada hujung minggu lepas. Walaupun kemenangan 2-0 ke atas QPR memberikan peluang buat MU untuk menerajui BPL hanya sementara waktu, namun kemenangan tersebut dilihat sebagai permulaan yang baik menjelang minggu yang sibuk, penuh dengan jadual perlawanan tatkala meraikan Hari Krismas dan Tahun Baru. Kemenangan di Loftus Road hujung minggu lepas merupakan kemenangan keenam di halaman lawan, satu peningkatan yang amat memberangsangkan berbanding pada musim lepas.

MU menerima khabar gembira di kem OT apabila beberapa pemain utama telah pulih dari kecederaan. Ini sekaligus membolehkan SAF mempunyai pilihan pemain di samping memberikan ruang kepada pemain2 lain untuk direhatkan. Setakat ini, Berbatov dan Chicharito sudah boleh disenaraikan dalam skuad manakala Rafael turut kembali menjalani latihan. Selebihnya masih lagi dalam rawatan tetapi tidak untuk jangka masa yang panjang. 

Jadi aku merasakan SAF hanya akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama yang diturunkan ketika menentang QPR dengan menggandingkan semula Rooney dengan Chicharito. Sepuluh pemain lagi mengekalkan posisi masing2 dan aku yakin kesebelasan utama ini mampu untuk memberikan kemenangan berharga buat MU. Perkara yang penting ketika ini adalah para pemain MU dapat mengekalkan konsistensi dalam persembahan sekaligus memastikan corak permainan MU mantap.

Walaubagaimanapun, MU tidak harus memandang mudah cabaran yang akan diberikan oleh Fulham. Ini adalah kerana Fulham mempunyai rekod yang agak baik apabila beraksi di halaman sendiri. Selain itu, Fulham turut memiliki kekuatan di bahagian tengah yang semestinya dikemudi oleh Dempsey dan Murphy. Pemain sayap Fulham, Bryan Ruiz juga perlu diberikan perhatian oleh barisan pertahanan MU kerana dalam perlawanan hujung minggu lepas ketika Fulham bertemu Bolton, Ruiz berjaya menjaringkan satu gol di samping membantu menghasilkan satu gol. Pertahanan Fulham juga mantap yang diketuai oleh Hangeland.

Sekiranya MU berhajat untuk mengatasi Fulham, MU perlu mengeksploitasikan bahagian sayap dengan sepenuhnya. Apa yang diharapkan adalah Valencia dan Nani mampu menjadi penggerak kepada serangan MU memandangkan Carrick dan Jones bakal berhadapan tugas berat untuk menangani bahagian tengah Fulham. Aku sedikit risau berkenaan bahagian serangan kerana Chicharito terpaksa berhadapan dengan dua pertahanan tengah Fulham yang tinggi iaitu Senderos dan Hangeland. MU sekurang2nya perlu menyerang Fulham semasa 'on the break' dan ianya memerlukan kepantasan dalam membuat hantaran bola.

Berdasarkan semangat yang ditunjukkan ketika ini dan barisan pemain yang bakal diturunkan, aku yakin MU mampu memperoleh kemenangan di Craven Cottage. Walaupun cabaran sengit daripada Fulham, MU akan mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas sebuah lagi kelab dari kota London. Empat gol MU tersebut akan disumbangkan oleh Rooney, Chicharito dan Valencia.

GGMU!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan