MU dijangkakan akan cuba bangkit daripada kekecewaan disebabkan kegagalan melayakkan diri di kalangan 16 pasukan ke peringkat kalah mati UCL dengan ingin mencari kemenangan pada saingan BPL. MU akan melayan kunjungan wolves tatkala skuad sedang menghadapi pelbagai masalah yang sememangnya mempengaruhi prestasi terumbang ambing MU musim ini.
wolves kini berada di tangga 16, empat mata mengatasi kumpulan tercorot akan cuba mengeksploitasikan kelemahan dan keletihan yang dialami oleh pemain2 MU. wolves dijangkakan akan menurunkan kesebelasan terkuatnya bagi meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan sunderland pada aksi minggu lepas.
MU pastinya kehilangan khidmat kapten pasukan, vidic yang disahkan mengalami kecederaan serius di bahagian lutut. sepertimana yang kita ketahui, apabila lutut pemain bola sepak mengalami kecederaan yang teruk, ianya memerlukan masa yang cukup lama untuk sembuh sepenuhnya. jadi, vidic berkemungkinan besar akan kembali beraksi pada penghujung liga atapun mungkin tidak akan beraksi terus sehingga habis musim ini. walaubagaimanapun, diharapkan vidic akan cepat sembuh kerana ketiadaan vidic dalam pasukan benar2 memberikan kesan kepada barisan pertahanan MU yang rapuh.
jadi, SAF dijangkakan akan melakukan sedikit rombakan di bahagian pertahanan bagi mengisi kekosongan vidic. SAF akan meletakkan pasangan evans dan ferdinand bagi posisi pertahanan tengah. jones pula akan berubah posisi ke rightback. ini adalah kerana smalling dilihat kurang berkesan ketika pertemuan MU dengan FC Basel dan akan diketepikan. evra pula mengisi slot leftback. untuk posisi penjaga gol, SAF juga dirasakan akan memberikan peluang kepada lindegaard memandangkan lindegaard tampak lebih yakin mengawasi gawang gol MU.
bahagian tengah MU pula menyaksikan kehadiran semula carrick ke dalam kesebelasan utama. carrick akan digandingkan dengan fletcher bagi mengemudikan bahagian tengah MU. young mungkin akan digugurkan dari kesebelasan utama dan tempatnya akan digantikan oleh valencia. valencia akan beraksi di sayap kanan manakala sayap kiri akan dimainkan oleh nani. berbanding young, nani dilihat memberikan persembahan bertenaga dan itu sudah cukup untuk membolehkan dirinya dipilih untuk kesebelasan utama.
jika dilihat dalam perlawanan UCL baru ini, rooney kelihatan sukar untuk bermain secara keseorangan jika tidak mendapatkan sokongan dan bantuan secukupnya daripada bahagian tengah. jadi, bagi bertemu wolves, SAF pastinya akan meletakkan welbeck sebagai pasangan rooney untuk memburu gol. MU kini perlu merancakkan semula jaringan gol kerana sejak kebelakangan ini, MU agak sukar menjaringkan lebih dari satu gol. andaikata MU mampu berbuat demikian, sekurang2nya MU dapat mengembalikan keyakinan dan corak permainan yang mantap walaupun pasukan menghadapi kekurangan pemain akibat dilanda masalah kecederaan.
bagi perlawanan menentang wolves, aku yakin kemenangan akan berpihak kepada MU memandangkan MU akan beraksi di halaman sendiri. sorakan daripada ribuan peminat2 MU yang ingin melihat MU bangkit dengan penuh semangat pasti memberikan kelebihan buat MU. MU akan memperoleh kemenangan ke atas wolves dengan keputusan besar 4-0 di mana rooney akan kembali meledakkan gol dengan mencatatkan nama sebagai penjaring hatrik sementara satu gol lagi akan disumbangkan oleh welbeck.
GGMU!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan