Memaparkan catatan dengan label Liga Perdana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liga Perdana. Papar semua catatan

Rabu, 5 November 2014

Senarai pemenang tahun ni


Kancah bola sepak Malaysia semakin berkembang saban tahun. Rakyat Malaysia sudahpun mulai mengambil minat terhadap arena bola sepak tempatan. Kebangkitan pasukan-pasukan yang dikira 'old timer' dan munculnya pasukan baru yang mantap telah menjadikan saingan bola sepak tempatan. Malaysia sememangnya memerlukan suasana begini walaupun FAM tidak banyak membantu dalam memeriahkan lagi bola sepak tempatan dengan pelbagai keputusan yang dilihat tidak begitu bijak. Walaubagaimanapun, kita selaku rakyat Malaysia harus berbangga dengan sukan bola sepak kita sendiri dan memberikan sokongan terhadap pasukan yang diminati. 

Isnin, 23 Jun 2014

Dah nak abih dah


Saingan Liga Perdana 2014 sedang menghampiri penghujungnya dengan berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. PDRM sudahpun ditabalkan sebagai juara apabila mengumpulkan 52 mata, berkelebihan lima mata berbanding Felda United yang berada di tangga kedua. PDRM dan Felda United akan layak untuk beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan.

Isnin, 10 Mac 2014

Keputusan perlawanan dan kedudukan terkini Liga Perdana 2014


Kedah terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan selepas tumpas 2-3 kepada Sabah walaupun pada suatu ketika Kedah mendahului 2-0. PDRM mengukuhkan kedudukan di tangga teratas apabila mengecapi kemenangan 2-1 ke atas DRB-Hicom.

Isnin, 27 Januari 2014

Liga Perdana Malaysia 2014 - MD1


Kedah memulakan saingan Liga Perdana 2014 dengan langkah kanan apabila membenam cabaran pasukan 'adik-beradik', Perlis dengan keputusan 4-1. Keputusan tersebut membolehkan Kedah menjadi pendahulu carta liga. PDRM, Pulau Pinang, UiTM dan Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan dengan menumpaskan lawan masing-masing. Hanya satu sahaja keputusan seri yang diperoleh iaitu melibatkan Felda United dan PBA Pulau Pinang.


Isnin, 6 Januari 2014

Jersi Kedah untuk musim ini


Katanya, inilah jersi yang akan dipakai oleh pasukan Kedah dalam mengharungi saingan Liga Perdana musim ini. Walaubagaimanapun, tiada lagi pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak KFA.


Jumaat, 20 Disember 2013