Jumaat, 16 Disember 2011

Preview: MU vs Queens Park Rangers


ahad ini MU akan bertemu dengan pendatang baru BPL iaitu queens park rangers (QPR) di halaman lawan. QPR merupakan salah satu kelab berpengkalan di kota london pernah menjadi kelab yang hebat lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. QPR yang layak menyertai BPL musim ini kini dimiliki oleh salah seorang jutawan malaysia, siapa lagi kalau bukan tony fernandes yang merupakan pemilik syarikat penerbangan tambang murah, airasia.

MU pastinya ingin meneruskan rentak cemerlang yang dipamerkan pada minggu lepas ketika menundukkan wolves dengan keputusan kemenangan 4-1. namun, MU perlu berwaspada kerana walaupun hanya menentang pendatang baru BPL, namun kemampuan QPR tidak boleh dipandang mudah. ini adalah kerana QPR memiliki barisan pemain yang berpengalaman beraksi dalam BPL seperti joey barton, shaun wright phillips dan anton ferdinand. penjaga gol QPR, radek cerny juga dilihat memiliki keupayaan untuk menafikan pasukan lawan menjaringkan gol sepertimana yang ditunjukkan pada perlawanan minggu lepas ketika menentang liverpool.

selain perlu mencongak strategi, taktikal dan pemain yang sesuai untuk beraksi ahad ini, SAF juga perlu memikirkan persediaan bagi perlawanan seterusnya. ini adalah kerana  dalam jangka masa lapan hari, MU akan beraksi dalam tiga perlawanan BPL secara berturut2. dengan skuad MU yang sedikit tempang gara2 masalah kecederaan di kalangan pemain, SAF mesti berasa gusar dalam menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi setiap perlawanan.

bagi perlawanan menentang QPR, aku menjangkakan DDG akan diturunkan sebagai penjaga gol utama MU. di bahagian pertahanan tengah, SAF tidak mempunyai pilihan lain selain menurunkan ferdinand yang akan bergandingan dengan evans. smalling dan evra akan mengisikan slot rightback dan leftback. carrick akan meneruskan tugasnya untuk mengemudikan bahagian tengah MU dan akan diberikan bantuan oleh giggs. bagi bahagian sayap, nani dan valencia akan diberikan kepercayaan oleh SAF di kiri dan kanan. rooney pastinya akan mengetuai serangan MU ke pintu gol QPR dan akan diberikan sokongan oleh young.

berdasarkan pemain2 yang bakal diturunkan dalam kesebelasan utama, MU dirasakan akan bermain dengan rentak yang pantas bagi memburu gol. perlawanan ini penting buat MU untuk mencatatkan kemenangan bagi menambahkan tekanan ke atas man city yang perlu berhadapan dengan arsenal yang berlangsung sedikit lewat selepas perlawanan MU dengan QPR. agakan aku adalah MU mampu menumpaskan QPR dengan keputusan 3-1 di mana rooney, young dan nani akan menjaringkan gol2 buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan