Khamis, 15 Disember 2011

Latest news dan sembang merapu


nampak sangat dah yang pemain muda MU, paul pogba tak minat nak stay kat MU. bukan apa, kalu minat dan teringin nak men dengan MU, sahih dah lama dah sign kontrak baru. tapi sampai ke lani tadak apa2 pun. sebelum ni duk kata arsenal dan man city teringin nak amik dia. hat terbaru lak kata inter milan. hmmm tak kisah la team mana pun, janji dia bahagia. mungkin ada yang akan kata rugi la MU pi lepaih dia, tapi bagi aku, pogba bukannya player yang MU bleh pakai time terdesak lani. biaq pi la tadak pun. lagipun pemain muda ni, kena amik masa. mungkin 3 4 tahun baru nak menjadi. tapi MU lani takmo la hat fresh atau tak matang. MU perlu pemain hat dah masak terutamanya kat bahagian tengah. dah la fletcher, anderson dan cleverly, semuanya pakat takleh men. nak bagi sapa lagi men. jadi dari duk pening pasai pogba ni, yang taktau la meletup ka dak nanti2, better tumpu hat lani 

bekas pemain MU, paul ince yang dulunya digelaq sebagai 'gabenor' dah minta SAF bawak masuk sekurang2nya tiga pemain baru ke dalam MU bulan januari ni. ince kata team MU lani agak lemah sebab masalah cedera yang teruk. tiga pemain tu adalah untuk bahagian defend, midfield dan striker. rasanya ramai fan MU yang setuju dengan pendapat ince ni. ince juga berpendapat MU masih gagal nak cari pengganti scholes dan rasa MU kena beli sama ada modric atau iniesta saja sebab cara depa main hampir sama dengan scholes. tapi memang payah la nak beli dua ekoq ni sebab dua2 sahih harga mahai punya. mau tak mau, MU kena cari option len hat lebih murah. 

lani masing2 pakat dah tau yang fletcher akan rehat panjang sebab masalah sakit kat usus dia. memang la dari segi cedera or sakit tu nampak cam dah ok, tapi dia effect abih kat fizikal dan stamina dia. berat susut dahtu tak larat lak, camna nak training atau men dalam game. jadi, seeloknya fletcher amik cuti panjang. tak jangan la lama2 sangat hehehe. sereyau jugak bila duk kena penyakit hat pelik2 ni. silap aribulan, bleh gantung but camtu ja. harap2 fletcher tak la sampai camtu nu. dia pun kurang2 duk ada 5 6 tahun lagi bleh main.

arini aku sambung lak skit sembang2 merapu pasai player no......


Patrice Evra

layak pegang title mr. dependable. sorang pemain yang konsisten dan boleh diharap.  tapi ntahla, sejak evra ada masalah masa main dengan france especially world cup tahun sudah, evra ni cam dah tak terer. effect abih performance dia. main pun cam dah kurang skit. kalu sebelum tu, evra ni bukan ja steady ja defend gol MU, tapi berdesup juga nek atas. mai lani, dua2 out, defend dengan over-lapping. tu pun mujoq la, MU tadak recognised leftback len yang mampu untuk celen evra. mo ada orang len, sahih evra ni tak dapat men kerap punya. aku cukup suka masa evra men support CR atau giggs dulu2. memang manthop. tapi bila lani young atau nani men depan dia, evra nampak cam tak bapa nak ngam. mungkin payah jugak kot nak adapt dengan stail young atau nani. tapi selaku pemain lama yang banyak pengalaman, rasanya tadak masalah la kot. dahtu mungkin juga bila dah 31++ umoq tu, dah takleh nak tunjuk power. ala, seropa dengan gary neville la. masa tengah top-form, sapa pun takleh lepas dengan dia sebab kena cantaih. tapi bila dah berumoq, ada masalah kecederaan, form pun dah tak bapa menarik. aku pun duk takut evra jadi camtu. nak harap kat fabio bukan takleh, tapi asyik cedera ja. MU kena cari juga replacement evra secepat yang boleh.


rio ferdinand

kalau di awai musim, aksi ferdinand ni seropa cam yo-yo. sat ok, sat karut. bukan apa, ni semua tekanan la, dengan baru baik dari injury, dahtu ilang tempat dalam 1st team, bukan takat kat MU, dengan england skali. sapa yang tak makan ati. tapi mujoq lani ferdinand dah back at his best. time ni MU menang kena harap kat ferdinand sangat2 sebab nak harap kat sapa lagi dah vidic pun out sampai setahun. jadi ferdinand ni kena bagi topform slalu dah bimbing pemain2 muda cam evans, smalling dan jones. ferdinand ni mau voice out, jangan malu2 nak sound budak2 ni termasuk la dengan DDG. walaupun evra la jadi kapten sebab dia vice-kapten masa vidic dulu, tapi ferdinand bleh lagi diharap jadi leader. walaupun dah berumoq, ferdinand ni masih lagi power dan tak mustahil sorang defender main sampai umoq 40 tahun. tengok maldini ka, alexander ka, craddock ka, tu semuanya dah tua. tapi still maintain baik punya. kalu ferdinand tadak, memang masalah besaq la defend MU. betoi la cadangan ince minta SAF cari defender baru. nak cantik, amik hat bleh men banyak posisi. sayang jugak la MU terlepaih raphael varane. budak ni bleh jugak men banyak posisi. tapi takpa, cari ja la bakat2 len. kalu bleh, youngster england hehehe.


Wayne Rooney

pemain penting buat MU. kalu tadak rooney, ramai fan MU akan kata, jangan harap la nak menang. toi tak? rooney ni seropa cam nadi, core MU. tak kisah la, rooney ni skor ka dak, tapi bila rooney ni men, dia rasa cam konfiden skit dengan MU. rooney dah terbukti sebagai pemain pertama yang SAF akan bagi men, kalu dia fit la. rooney ni duk nampak bleh jadi legend kat MU. tapi kalu nak jadi legend, dia kena ada support dari member2. contohnya striking partner hat kencang la. lani aku rasa hanya chicharito ja sesuai main dengan rooney. bukan apa, rooney lebih suka ada orang duk lepak kat ataih ja, tunggu orang supply bola. yang penting pandai timing untuk lari. jadi bila ada pemain camni, mudah untuk rooney main. rooney perlu pemain camni kalu winger atau tengah MU tak bapa nak menjadi. maksudnya si rooney ni akan jadi linkage la tengah dengan attacking. lebih kurang free-role la. tapi kalu tengah MU menjadi terutamanya winger, rooney kena pair dengan player yang bleh rotate posisi dengan dengan. contoh cam welbeck la. bila rooney duk kat depan, welbeck akan drop off skit. bila ada supply baguih punya dari tengah dan tepi, rooney memang akan boh gol punya. jadi apa yang aku kata tadi, rooney bleh jadi legend MU, tapi kena ada back-up baguih dari kawan. CR yang meletup sebelum pi real madrid tu pun nek sebab ada orang back-up dia, sapa lagi kalu bukan rooney.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan