Khamis, 22 Disember 2011

Review: MU vs Fulham

Keputusan perlawanan:

Manchester United 5
Danny Welbeck 3'
Nani 28'
Ryan Giggs 43'
Wayne Rooney 88'
Dimitar Berbatov 90'

Fulham 0


Ulasan perlawanan:

MU meraikan kemenangan kedua berturut2 yang dicatatkan ke atas kelab London dalam masa empat hari selepas MU mudah mengenepikan cabaran Fulham dengan keputusan 5-0. Keputusan awal pagi tadi membolehkan MU mengekalkan tekanan ke atas Man City tatkala MU meneruskan rentak cemerlang dari perlawanan bertemu QPR pada hujung minggu lepas untuk memperoleh tiga mata penuh.

Kemenangan ke atas Fulham bertambah manis apabila MU sendiri mengecapi beberapa rekod tersendiri yang boleh dibanggakan. Antaranya adalah MU berjaya memperbaiki rekod kekalahan dalam tiga kunjungan sebelum ini ke Craven Cottage dengan menewaskan Fulham awal pagi tadi. Selain itu, Rooney juga telah ditabalkan sebagai pemain paling muda pernah membuat 300 penampilan dalam BPL iaitu ketika berusia 26 tahun dan 58 hari, mengatasi rekod yang pernah dicatatkan oleh Gareth Barry pada tahun 2007. Gol kelima yang dijaringkan oleh Berbatov merupakan gol ke50 Berbatov buat MU. Tetapi yang paling menarik adalah kemampuan Giggs menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam kesemua 20 musim BPL.

SAF membuat sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama MU dengan merehatkan DDG dan Ferdinand. Posisi mereka diisikan oleh Lindegaard dan Jones yang ditarik semula ke posisi pertahanan manakala Giggs diberikan peluang beraksi di samping Carrick. Ternyata rombakan tersebut tidak menjejaskan persembahan cemerlang MU yang berjaya memperoleh gol awal menerusi Welbeck yang pantas merembat masuk bola setelah menerima lorongan cantik daripada Nani. MU terus bernafsu memburu lebih banyak gol dan hasilnya Nani menambahkan jaringan MU apabila menanduk masuk hantaran lintang Giggs.

Bahagian sayap MU menjadi duri dalam daging buat Fulham apabila larian2 Nani dan Valencia kerap mengucar-kacirkan pertahanan Fulham. Boleh dikatakan, hampir kesemua percubaan MU termasuk lima gol yang diperoleh adalah berpunca dari bahagian tepi. Giggs menambahkan kedukaan Fulham dengan menjaringkan gol ketiga MU selepas menerima umpanan Nani. Corak permainan MU agak kemas dengan hantaran2 yang tepat dan pergerakan yang pantas. Bahagian tengah MU tampak berhubung baik dengan barisan penyerang. MU melangkahkan kaki ke bilik persalinan pada waktu rehat dengan tersenyum lebar selepas mendahului Fulham 3-0.

Pada separuh masa kedua, Fulham tangkas melancarkan serangan ke arah pintu gol MU. Serangan2 tersebut benar2 menguji kekentalan barisan pertahanan MU, namun gandingan Evans dan Smalling tenang mengekang tekanan daripada Fulham. Valencia yang beraksi sebagai rightback akibat kecederaan yang dialami oleh Jones turut bertindak cemerlang. Evra pula berjaya memperkemaskan persembahannya dan jarang melakukan kesilapan. Bagi aku, Lindegaard dilihat lebih berkesan ketika berkomunikasi apabila berani bersuara dan memberikan arahan kepada rakan2. Selain itu, aksi Lindegaard mengawasi gawang gol MU juga tidak mengecewakan. Jadi, DDG perlu meningkatkan lagi kemampuannya jika DDG tidak mahu posisinya sebagai penjaga gol utama MU tidak dicabar oleh Lindegaard.

Oleh kerana sedang mendahului lawan 3-0, MU menunjukkan corak permainan yang lebih perlahan pada masa kedua. Oleh sebab itu, Fulham lebih banyak melancarkan serangan. Namun, MU sekali sekala cuba memerangkap Fulham dengan serangan balas yang pantas. Tetapi hantaran akhir yang tidak begitu efektif menyebabkan MU gagal memperoleh gol tambahan. 

Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat dan Fulham sedang rancak mengancam pintu gol MU, MU berjaya memperoleh dua gol dalam masa dua minit. Rooney membuat rembatan jarak jauh yang melencong masuk ke gawang gol Fulham untuk gol keempat MU. Berbatov melengkapkan persembahan cemerlang MU apabila menjaringkan gol kelima MU menerusi sentuhan buku lali yang menarik sekaligus mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Fulham.

Kejayaan menumpaskan Fulham 5-0 menunjukkan bahawa MU sedang berada dalam prestasi terbaik. Selain itu, keputusan tersebut membuktikan bahawa MU kini lebih klinikal di bahagian penyudah dan bukannya mensia2kan peluang yang terhidang. Rooney meneruskan prestasi baiknya apabila memperoleh empat gol dalam tiga perlawanan. Kecemerlangan Carrick, Valencia dan Nani turut menjadi penyumbang kepada peningkatan persembahan yang ditunjukkan oleh MU. Mungkin impian SAF untuk melihat MU menerajui BPL menjelang tahun baru nanti menjadi kenyataan. Dan mungkin juga kecederaan yang dialami oleh Jones dan Young akan memberikan sedikit 'hint' buat SAF untuk mendapatkan pemain2 baru pada bulan Januari ini.


Pemain terbaik perlawanan:

Nani (1 gol dan 2 assist)


Gambar perlawanan:

 Gol pembukaan oleh Welbeck

 Nani menanduk masuk bola untuk gol kedua MU

 Bola rembatan Giggs terbias masuk ke dalam pintu gol Fulham untuk gol ketiga MU

Aksi Berbatov ketika menjaringkan gol kelima MU


2 ulasan: