Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Rabu, 5 November 2014

Senarai pemenang tahun ni


Kancah bola sepak Malaysia semakin berkembang saban tahun. Rakyat Malaysia sudahpun mulai mengambil minat terhadap arena bola sepak tempatan. Kebangkitan pasukan-pasukan yang dikira 'old timer' dan munculnya pasukan baru yang mantap telah menjadikan saingan bola sepak tempatan. Malaysia sememangnya memerlukan suasana begini walaupun FAM tidak banyak membantu dalam memeriahkan lagi bola sepak tempatan dengan pelbagai keputusan yang dilihat tidak begitu bijak. Walaubagaimanapun, kita selaku rakyat Malaysia harus berbangga dengan sukan bola sepak kita sendiri dan memberikan sokongan terhadap pasukan yang diminati. 

Jumaat, 5 September 2014

Sapa sangka Kedah boleh pi


Kedah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia (PM) 2014 apabila menjadi juara Kumpulan B yang turut terdiri daripada Terengganu, Sarawak dan Perak.

Isnin, 23 Jun 2014

Dah nak abih dah


Saingan Liga Perdana 2014 sedang menghampiri penghujungnya dengan berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. PDRM sudahpun ditabalkan sebagai juara apabila mengumpulkan 52 mata, berkelebihan lima mata berbanding Felda United yang berada di tangga kedua. PDRM dan Felda United akan layak untuk beraksi dalam Liga Super pada musim hadapan.

Isnin, 10 Mac 2014

Keputusan perlawanan dan kedudukan terkini Liga Perdana 2014


Kedah terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan selepas tumpas 2-3 kepada Sabah walaupun pada suatu ketika Kedah mendahului 2-0. PDRM mengukuhkan kedudukan di tangga teratas apabila mengecapi kemenangan 2-1 ke atas DRB-Hicom.

Khamis, 6 Februari 2014

Keputusan perlawanan kedua Piala FA


Kedah melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2014 dengan cukup bergaya apabila menumpaskan Perlis dengan keputusan 4-0. Kemenangan tersebut membolehkan Kedah untuk bertemu dengan JDT yang telah diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team hasil keputusan yang dicapai oleh FAM. Keputusan itu diambil selepas T-Team tidak menamatkan perlawanan selepas berlaku kontroversi di Johor.