Manchester United 2
Dimitar Berbatov 52', 62'
Blackburn Rovers 3
Yakubu Aiyegbeni 16' (pen), 51'
Grant Hanley 80'
Ulasan perlawanan:
Memalukan. Mungkin itu merupakan satu2nya perkataan yang dapat menyimpulkan persembahan yang ditunjukkan oleh MU ketika tewas kepada Blackburn Rovers (BR). Persembahan tersebut mungkin juga merupakan hadiah hari lahir yang terburuk pernah diterima oleh SAF.
MU sepatutnya mampu mencatatkan kemenangan apabila bertemu pasukan tercorot dalam BPL namun terjadi sebaliknya apabila MU tewas buat kali kedua di OT untuk musim ini. Boleh dikatakan rata2 peminat MU kecewa dengan persembahan MU sekaligus memberikan penutup kepada tahun 2011 yang kurang menggembirakan.
Pada pendapat aku, hanya Valencia dan Berbatov sahaja yang bersungguh2 untuk memberikan sumbangan kepada pasukan manakala selebihnya bermain di bawah tahap yang sepatutnya. Itupun, Berbatov berjaya memperbaiki persembahan pada separuh masa kedua selepas agak tenggelam ketika separuh masa pertama. Apa yang lebih menyedihkan adalah ketiga2 gol BR yang dilepaskan merupakan gol2 mudah. Kesilapan dan kerapuhan benteng pertahanan MU menjadi penyebab kepada terhasilnya ketiga2 gol tersebut. Yang paling mengecewakan adalah DDG yang melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya lalu menghadiahkan gol kemenangan kepada BR.
Gol pertama BR terhasil apabila Berbatov melakukan kesilapan dalam kotak penalti MU dengan melakukan aksi tarik-menarik baju dengan Samba seterusnya menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada BR. Sepakan penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh Yakubu. Selepas gol tersebut, BR berjaya memperkemaskan corak permainan terutamanya di bahagian pertahanan yang tangkas mengekang asakan MU yang ternyata tidak begitu mengancam.
BR meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua. Hasilnya, Yakubu bijak menggelecek bola melepasi tiga kawalan pemain MU sebelum merembat bola masuk ke dalam gawang MU. Gol tersebut berpunca daripada kegagalan pertahanan MU untuk mengawasi pergerakan Yakubu dan tidak melakukan bentesan yang berkesan.
Selepas ketinggalan dua gol, barulah MU cuba untuk bangkit. Valencia yang kerap mengucar-kacirkan pertahanan BR bijak membuat hantaran silang untuk disudahkan oleh Berbatov bagi menjaringkan gol pertama MU. Seterusnya usaha MU untuk memburu gol penyamaan membuahkan hasil. Berbatov sekali lagi menjaringkan gol kedua MU dan menjadikan keputusan semasa 2-2. Namun, keinginan untuk mencatatkan kemenangan menyebabkan MU alpa di bahagian pertahanan. Peluang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin oleh BR untuk menjaringkan gol kemenangan.
MU perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan yang dialami ini. Dirundung dengan masalah kecederaan bukan sepatutnya menjadi alasan kepada kekalahan di tangan BR. Mujur pendahulu BPL bersama iaitu Man City turut mengalami kekalahan sekaligus memberikan nafas lega kepada MU dan SAF memandangkan jumlah mata tidak mempunya perbezaan. Selain itu, aku merasakan MU patut membelanjakan wang untuk mendapatkan seorang dua pemain dalam bulan Januari ini.
Pemain terbaik perlawanan:
Yakubu Aiyegbeni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan