Isnin, 25 April 2011

UUM oh UUM oi!!!!!

minggu sudah kecoh aaiihh pasai UUM ni. apa taknya, NC kluaq tv, menteri KPT kluaq tv, bukan apa, pasai cukai tanah kampus UUM tu yang kononnya dinaikkan oleh kerajaan negeri kedah. habis segala macam dicanang, tak kira la dalam tv ka, sokhabaq la, macam2 la. katanya kerajaan negeri kedah buta perut sebab naikkan cukai tanah 100% dari RM100k pi jadi RM1 juta lebih. ada la jugak ex-student UUM hingaq duk kata kerajaan negeri kedah ni patutnya kena ada ikhsan la kat budak2 yang ngaji situ. jangan duk suka penaik cukai suka hati. kata UUM ni dah bagi changlun tu maju la. segala macam puji duk ada aih...

abih isu cukai tanah, depa bawak kluaq la plak isu ayaq kat UUM. heboh kata UUM ni slalu tadak ayaq. kira kes tadak ayaq ni, 2 3 tahun ni la baghu ada, yakni bila PAS jadi kerajaan negeri kedah la. kalut sembang kata kerajaan negeri tak amik inisiatif nak setelkan masalah ni. yang tau hanya nak penaik tarif ayaq ja. dahtu ada juga kata kualiti ayaq pun rendah, ada keledak la, kaler ayaq oren la, macam2 la lagi. pakai bising abih, maklumla, yang ada masalah ni tempat orang nak mengaji, kira nak anggap kerajaan negeri ni cuba nak sabotaj la.

tup tup, MB kedah bagi respons. jawapan MB senang dan mudah paham. cukai tanah UUM tu bukannya dinaikkan, tapi dah kembali ke asai. kira hat RM100k yang UUM duk bayaq dari 2006 sampai 2008 tu, cukai hat dah direbat. tau ka menatang apa rebat tu? diskaun la, senang cerita. rebat tu kerajaan kedah hat lama la bagi. bukan apa, depa tu baik hati. tapi bila dah abih tempoh rebat tu, harga tu naik jadi yang asai la, kira RM1 juta lebih tu. jadi, dah jadi tanggungjawab UUM la nak setelkan cukai tanah ni. tapi MB kedah sendiri pun kata, UUM bleh wat rayuan balik minta dapat rebat. apa susah, pi ngadap la MB bincang elok2. jangan la duk wat wayang kat tv dulu sebelum jumpa MB. tapi MB jugak mengaku yang rebat tu tak semestinya akan dapat sebab kena melalui mesyuarat dan kelulusan majlis negeri la. tapi tak salah aihh kot2 UUM nak merayu. cuba pi la. mana nak tau kot2 rezeki. kalu pikiaq2 la, takkan la MB nak kena pi jumpa UUM sebab nak bagi rebat, macam kes tuan rumah sewa pi jumpa penyewa sebab nak bagi diskaun. ada logikka? patutnya penyewa la pi ngadap tuan rumah. toi tak?

mai isu ayaq, MB ada jawab jugak. siap bagi contoh skitnya baik ka. senang, mudah paham. ha la, dulu sistem paip ayaq untuk UUM, 10,000 budak ja pakai. tapi lani kapasiti UUM dah nek jadi 30,000 orang, sistem paip ayaq duk saiz tara tu ja, mau tak cukup ayaq. patutnya UUM kena la upgrade fasiliti dalam kampus dia untuk support 30,000 orang. ni tak, fasiliti sama, maknanya paip ayaq duk saiz sama cam 20 tahun dulu, tapi orang makin duk ramai, dengan nek hotelnya la, padang golf lagi. jadi takkan nak salah kerajaan negeri kedah la kot. sendiri mau pikiaq la.

baru ni sembang dengan manager lama aku masa keja loji ayaq. sembang punya sembang, terkluaq pasai isu ayaq UUM. ex-manager aku kata, kerajaan kedah hat lama kononnya cuba nak bagi supply ayaq kat UUM tu slalu cukup, pun buatla loji kat padang sanai nu. tah dalam hutan mana hala nu. buat loji yang bleh produce bapa juta liter sehari tah. pi buat loji situ, tapi tak amik kira supply elektrik dari TNB. last2, projek loji tu dah siap, tapi still takleh produce ayaq sebab takdak karan. kos dia skitnya mahai ka. patutnya bila nak buat loji, kena tau la dulu kawasan tu TNB bleh supply karan ka dak. ni dak, buat sebab nak ......... hehe. pandai2 la pikiaq.

statement yang tak bleh tahan, si NC UUM kata universiti perlu RM300 juta per year untuk handel 30,000 orang dalam kampus. kerajaan negeri kedah mintak RM1 juta lebih ja kot setahun dari UUM, tak sampai 1% pun dari RM300 juta tu. dahtu kata MB kedah ni pandai sembang ja, bukannya reti nak manage pentadbiran, tak seterer dia la gamaknya. tapi takkan lak dia taktau yang kerajaan negeri kedah dapat RM500 juta setahun untuk manage 2 juta penduduk kedah. so sapa hat lebih pandai? kot pandai cakap ja kot, maklumla dah ada title prof huhuhu.

lani dah ada banyak sumber maklumat la. orang2 lani pakat2 dah cerdik dah. jadi, kalau nak pusing2 pun, biaq la bagi kena kat orang yang dituju, bukannya kena kat batang hidung sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan