Rabu, 27 April 2011

Sebelah kaki dah....

puas. amat puat hati. terbaik! apa lagi perkataan yang sesuai untuk dilontarkan bagi menggambarkan persembahan MU dalam perlawanan awal pagi tadi. MU berjaya menamatkan badi kekalahan dengan kelab jerman dalam peringkat kalah mati UCL apabila menewaskan schalke 04 (S04) di tempat lawan. satu keputusan yang amat memberangsangkan terutamanya perlawanan awal pagi tadi merupakan perlawanan separuh akhir UCL musim ini.

aku amat terkejut dengan 'approach' yang digunapakai oleh SAF untuk bertemu S04 di jerman. pada awalnya aku merasakan MU tidak mampu untuk mengecapi kemenangan kerana S04 memiliki rekod cemerlang di halaman sendiri dalam saingan UCL serta S04 yang agak efektif ketika melancarkan serangan balas. namun, pilihan kesebelasan utama serta strategi dan taktikal SAF 'spot on' apabila MU bermain dengan begitu baik dan menguasai sebahagian besar permainan.

secara keseluruhannya, MU memberikan persembahan yang bertenaga dari semua bahagian, dari VDS sehinggalah kepada chicharito. sememangnya MU telah menunjukkan kematangan dan pengalaman yang diperlukan apabila beraksi dalam perlawanan 'bertekanan tinggi'. MU menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk mengawal sepenuhnya rentak perlawanan sekaligus menyebabkan S04 lebih banyak bertahan dan mengekang serangan serta pegerakan MU.

gandingan ferdinand dan vidic begitu mantap di bahagian pertahanan. mereka berdua bijak menghadkan pergerakan penyerang S04, raul selain bertindak dengan berkesan apabila menghadapi serangan S04. VDS pula tidak banyak yang perlu dilakukan sepanjang perlawanan, tambahan pula beberapa percubaan S04 ke arah pintu golnya tepat ke dakapannya. pemilihan fabio berbanding rafael dan o'shea untuk posisi rightback agak mengejutkan. namun, SAF nampaknya telah melihat potensi dan kemampuan fabio di mana fabio pandai mencuri peluang untuk naik ke atas membantu serangan tetapi dalam pada masa yang sama efektif ketika menjalankan tugas pertahanan. kita sendiri dapat melihat bagaimana fabio mencipta ruang dan memilih masa yang sesuai untuk naik ke atas apabila fabio berupaya membuat percubaan ke arah pintu gol S04 walaupun percubaannya itu tersasar. bagi evra pula, bolehlah dianggap 'best as ever' kerana bijak bertahan dan menyerang.

gol pertama MU menerusi giggs

bahagian tengah sekali lagi menampakkan keserasian dan kecemerlangan gandingan carrick dan giggs. mengulangi prestasi yang ditunjukkan ketika bertemu chelsea, carrick bermain dengan mudah tetapi kemas serta memberikan perlindungan secukupnya kepada bahagian pertahanan MU menerusi pintasan dan bentesan yang berkesan. keberkesanan carrick menjalankan tugas 'defensive' membolehkan giggs menggerakkan serangan2 MU. hasilnya, giggs berjaya menjaringkan gol setelah menerima hantaran cantik rooney. kehadiran semula valencia telah mengembalikan sengat MU di bahagian sayap kanan. valencia kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan S04 dan banyak larian2nya berjaya menerobos kawalan ketat. walaubagaimanapun, aku merasakan valencia sekurang2nya perlu membuat sendiri percubaan ke arah pintu gol lawan apabila timbul situasi yang sesuai berbanding membuat hantaran kepada rakan2. selakupemain yang dilabel oleh SAF sebagai 'big match player and intelligent player', JSP telah membuktikan kebenaran atas kenyataan SAF. JSP bukan sahaja bermain dengan baik di bahagian sayap kiri, namun bijak membuat larian2 silang ke kawasan tengah yang menyebabkan pertahanan S04 sukar untuk mengawal pergerakan JSP.

pemain terbaik perlawanan dengan satu gol dan satu assist, rooney seharusnya diberikan pujian kerana mempamerkan aksi yang bagus. 'free role' yang diberikan kepada rooney telah membolehkan rooney bergerak bebas sama ada untuk mendapatkan bola dari kawasan tengah, berada di bahagian sayap, melancarkan serangan ataupun membuat percubaan ke arah pintu gol. kesemua fungsi2 tersebut dilaksanakan dengan baik oleh rooney. ini dibantu dengan adanya chicharito. rooney dapat bermain sedemikian kerana rooney mempunyai gandingan seperti chicharito yang bijak membuat larian mencari ruang di antara pertahanan. walaupun tidak menjaringkan gol, chicharito telah memberikan sumbangan kepada pasukan apabila selalu membuat pertahanan S04 kelam kabut menerusi larian2nya.

rooney menjaringkan gol kedua MU
 
tugas MU di jerman telahpun selesai. MU telah mencatatkan rekod apabila tidak melepaskan sebarang gol dalam enam 'away game' UCL. tetapi yang lebih penting, MU membawa bekalan yang selesa untuk dibawa pulang ke OT. hanya kecemerlangan penjaga gol S04, manuel neuer sahaja menidakkan MU untuk berpesta gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan