Rabu, 13 April 2011

MU menang daaa pagi tadi

Review MU-chelsea

Mengulangi persembahan cemerlang di stamford bridge, MU berjaya menumpaskan chelsea dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan chicharito dan JSP sekaligus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir setelah menang dengan aggregat 3-1. pada pusingan separuh akhir nanti, MU akan menanti sama ada kelab dari jerman atau itali walaupun mungkin secara jelasnya, schalke memiliki kelebihan apabila menewaskan inter milan 5-3 ketika perlawanan suku akhir pertama di itali.

Walaupun sebelum tiupan wisel permulaan, MU dilihat telah melangkahkan satu kaki ke separuh akhir tetapi SAF mengambil pendekatan seimbang apabila bertemu chelsea di OT. SAF tidak menggunapakai pendekatan yang terlalu 'adventurous' apabila meletakkan JSP berbanding yang dijangkan sebelum ini di mana valencia dan nani akan mengemudi bahagian sayap MU. JSP menjadi pilihan kerana memiliki kudrat yang kuat serta mampu untuk membantu pertahanan.

Tidak beraksi ketika perlawanan menentang fulham baru2 ini, telah membolehkan carrick dan giggs cergas sepenuhnya dan memberikan aksi yang begitu kemas. carrick kelihatan tenang mengemudi bahagian tengah MU dengan berjaya mengekang pergerakan essien dan lampard. manakala giggs pula sekali lagi menghasilkan magiknya apabila berjaya 'assist' gol pertama MU menerusi larian menarik selepas menerima hantaran jauh daripada rooney. nani juga turut cemerlang di kiri kanan. larian2nya kerap kali menyebabkan pertahanan chelsea agak kelam kabut sehingga ivanovic dan ramires terpaksa menerima layangan kad.

pada awal perlawanan, MU menghadapi tekanan yang kuat daripada chelsea yang ingin memburu gol awal bagi menyamakan keputusan aggregat. seperti biasa, pasukan yang memerlukan gol harus menjaringkan gol dalam 20 ke 30 minit pertama perlawanan. jika gagal berbuat demikian, pasti akan lebih tertekan di samping pasukan lawan akan kembali mengimbangi corak permainan. itulah yang terjadi kepada chelsea apabila penyerang bernilai 50 juta pound mereka gagal menembusi pertahanan MU yang dikawal kemas oleh vidic dan ferdinand. apabila MU kembali stabil setelah menyerap segala tekanan chelsea, MU mula mempamerkan aksi yang kemas dan melancarkan serangan ke kubu chelsea. hasilnya, MU berjaya memperoleh gol menerusi 'tapping' cantik chicharito selepas menerima hantaran giggs apabila perlawanan hampir menuju ke masa rehat.

separuh masa kedua, chelsea mengeluarkan torres dan memasukkan drogba. kemasukan drogba telah memberikan sedikit suntikan kepada bahagian serangan chelsea. namun pertahanan MU masih lagi kental selain ketangkasan VDS menidakkan chelsea menjaringkan gol. kelincahan nani agak sukar dibendung dan akibatnya ramires diberikan layangan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang. sebaik sahaja bermain dengan 10 pemain, chelsea mungkin menerima tiupan semangat seterusnya berjaya memperoleh gol hasil jaringan drogba. gol tersebut dilihat seolah2 bakal menjadi pemangkin semangat chelsea untuk menewaskan MU. namun, terjadi sebaliknya apabila MU berjaya menjaring gol kedua melalui rembatan deras JSP setelah menerima umpanan giggs. kedua2 gol chelsea dan MU tersebut dijaringkan dalam minit yang sama dan terdapat sesetengah sumber mengatakan perbezaan masa kedua2 gol tersebut adalah hanya 21 saat. ternyata pemain chelsea terutamanya drogba hanya mampu berasa 'seronok' dalam masa hanya tidak sampai seminit.

secara keseluruhannya, MU berjaya memberikan aksi yang mantap sepanjang perlawanan. dengan sorakan padu daripada penyokong2 MU yang memenuhi OT, MU dapat mengalahkan pasukan yang dilabelkan 'obses' untuk menjuarai UCL. persembahan rooney yang 'all-rounder' juga harus diberikan pujian. gandingannya bersama chicharito benar2 memberikan sengat kepada serangan MU.

p/s: kedah pun menang jugak semalam. tapi nak ulas camna, sebab tak tengok pun game tu, tambah lak kedah men kat soromban nu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan