Khamis, 21 April 2011

sembang bola di petang ari....

tahniah wat mourinho sebab berjaya bawak real madrid (RM) jadi juara copa del rey. game kedua bagi el-classico yang men awai pagi tadi, RM menang dengan barcelona menerusi jaringan tunggal CR. kira syok la CR sebab akhirnya dapat jugak piala lepas berhijrah pi spain. lani, el-classico tinggai dua game ja lagi iaitu semi final UCL. sahih meletupnya dua2 game tu sebab barca konfem nak balas dendam lepas terlepas satu piala.

berdasarkan pemerhatian aku la, dalam liga spain ni, jurang antara top team dengan middle team dan lower team memang jauh sangat. apa taknya, tiap2 musim team2 yang sama ja duk celen top two. dahtu tempat ke3 sampai ke6 pun lebih kurang jugak. kalu lawan nak jadi champion, antara RM dan barca. selebihnya, mai la menempek villareal, sevilla, dan bapa kelab len macam deportivo, espanyol, atletico madrid dan sebagainya. bukannya aku nak kata la liga atau liga BBVA ni tak best, tapi tu la, beza sangat kemampuan team2 yang duk berlawan. tapi tak kata jugak, barcelona pun memang dah cukup kuat. player suma manthop2. sumanya majority mai dari akademi. yang RM, lebih kepada beli player dan setup team bagi jadi kuat. team2 lain rasanya tak mampu nak bersaing dengan sumber kewangan barcelona dan RM.

dahla kot cerita skit2 pasai liga BBVA. sebenaqnya aku nak fokus kat mourinho. bukan apa, ikut firasat aku la, kalaula SAF berjaya guide MU jadi juara BPL kali ke19 dan mungkin jadi champion UCL, aku jangka SAF akan bersara. maklumla, kalau MU capai semua tu, kira setel la harapan dan sasaran SAF selama ni. dan jika SAF bersara, aku rasa calon yang paling sesuai nak ganti SAF adalah mourinho. sebab2 yang aku rasa mourinho ni layak:

1. bleh handel pressure. tak kisah la, dari top management ka, dari fan ka, dari media ka. kira mourinho ni steady ja ikut pala dia. kes dia kluaq dari chelsea pun sebab si abramovich buang dia ja, bukan dia letak jawatan.

2. berani tukaq player. mourinho ni memang jenis tak kisah punya nak drop mana2 player. contoh cam dalam game awai pagi tadi, selamba ja letak CR men lon striker. adebayor ka, sapa ka, suma duk sub ja. senang cerita, mourinho akan bagi mana2 player men ikut taktikal yang dia nak guna selain tengok prestasi semasa player tu sendiri.

3. variety jugak strategi orang tua ni. kalau kita tengok la dari zaman mourinho ni kat chelsea, memang dia ni bleh kata taktikal power. sat setup team men 4-4-2. dahtu tukaq men 4-3-3. jadi maksud aku adalah dia tak terlalu rigid dengan satu2 formasi ataupun taktikal. mourinho bagi aku, antara coach yang pandai bila dan sapa pemain simpanan yang nak masuk main. tiap2 kali kalau dia tukaq orang dan masukkan sub, gameplay memang jadi len. sama jugak la yang jadi bila SAF wat heheh.

so, ni antara reason2 aku pasai apa aku pilih mourinho untuk ganti SAF.

lani, terutamanya lepas berbatov pi flop masa semi final FA cup, dah mula timboi kabaq2 angin yang ada dah kelab teringin nak amik atau beli berbatov ni. takat la la, bayern munich, fenerbache dengan sevilla la duk kenen2 dengan berbatov ni. dahla kontrak pun tinggai lebih skit ja setahun kat MU, tak mustahil la berbatov ni kena juai musim panas ni. bayern munich memang duk tau dah duk teringin lama dah nak beli berbatov. fenerbache lak saja la nak bawak dia pi men kat turki. sevilla katanya nak offer 12 juta pound ja untuk beli berbatov. taktau la kelab mana yang dapat berbatov, tapi yang pasti, dia dah dekat end of road bersama MU.

summer target MU, sapa lagi kalu bukan keeper schalke, manuel neuer, dah konfem akan blah dari kelab yang dia dah join dekat 20 tahun. tapi dia takla mention kelab mana yang dia akan join. MU memang duk target lama dah neuer ni untuk ganti VDS. tapi lani, bayern munich pun teringin jugak kat neuer dan sembang plak kata neuer ni takkan pilih kelab len selain bayern munich kalau jadi blah dari schalke. neuer lani orang duk rate dalam 18 juta pound.

aritu aku kata wilshere ni sesuai jugak join MU jadi pengganti scholes. lani ada lagi sorang aku terpikiaq sesuai iaitu kapten blackpool, charlie adam. kalau tengok dia ni men, gameplay dia memang simple. hantaq bola, sapot. tapi kena ingatla, kaki kiri dia tu yang mahai. bleh kata hantaran2 dia suma tepat kat member2. dahtu dead ball situation memang cukup bahaya bila adam ni amik. tak kira la, corner ka, freekick ka. yang pasti bola2 dia memang cun la untuk wat gol. blackpool kira bertuah la sebab beli adam ni tak sampai sejuta pound pun. lani, rasanya kalau ada mana2 team nak beli adam, paling2 kurang pun mesti lebih dari 10 juta pound.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan