Khamis, 14 April 2011

cerita bola.....

ishhh bleh tukaq dah kot keeper spurs tu. rasanya dah terlalu banyak sangat mistake yang dia wat sepanjang duk jadi keeper spurs. sebagai salah satu kelab north london, nampaknya spurs berhadapan masalah yang sama dengan arsenal iaitu masalah keeper. tapi dengaq kata, manager spurs, harry redknapp backing baik punya si gomes ni walaupun dia bikin 'jahanam' team sendiri bila 'coba tangkap anak ayam' bola rembatan CR. sahih la, bila dah lepas gol camtu, teammate pun teruih berasa down tambah2 kena ligan defisit 5 bijik. bukan senang ooo. anyway, spurs kira hebat la sebab bleh compete sampai suku akhir. yang penting, spurs kena pulun la untuk secure UCL slot yang lani diisi oleh MU, arsenal, chelsea dan man city.

ni lak pasai perlawanan separuh akhir piala FA hujung minggu ni. manager man city, roberto mancini mintak striker bermasalah depa, mario balotelli untuk ubah dari villian kepada hero. lani, macam2 gelaran bagi kat balotelli, antaranya bodotelli, halotelli, etc. mancini terpaksa la berharap kat balotelli ni sebab striker utama man city, carlos tevez memang akan miss game tu sebab cedera.

sambil2 duk seronok meraikan kemenangan MU marin, terbaca berita yang kata chelsea lani duk tengah usha2 cari manager len. tapi apa nak diherankan, memang yang akan berlaku tiap2 kali kalau manager yang duk ada dikatakan tak perform. katanya, chelsea duk target nak amik guus hiddink takpun marco van basten. waahhh cuba nak try test dengan gameplay belanda ka? ada jugak rumour kata nak amik balik mourinho. tapi rasanya mustahil la sebab mourinho pun mungkin dah serik gheja bawah taikun rusia ni.

salah sorang player arsenal yang aku cukup berkenan, jack wilshere lani duk tarik minat man city. bagi aku wilshere ni memang ada potensi untuk jadi antara playmaker terbaik dalam england. passing baguih, ada kreativiti dahtu berani juga burst kat defender team lawan. tapi taktau la arsenal nak juai ka dak wilshere ni kat man city bila masih ada kemungkinan fabregas akan blah abih musim ni pi join barcelona. tapi mana nak tau, mai man city ni offer tinggi, takkan takmo juai lak heheh.

dalam minggu ni jugak, salah sorang BOD arsenal, taikun US, stan kroenke dah berjaya naikkan pegangan saham arsenal dia kepada 63%. tinggai baki 27% ja yang dia tak beli lagi. fan2 arsenal diminta takyah risau dengan kroenke ni kalau dia jadi owner tunggal arsenal sebab kroenke ni duk beli saham2 arsenal dengan duit sendiri, tak wat loan bank pun macam owner MU, glazer. lagi satu, untuk musim depan, arsene wenger ada transfer kitty lebih kurang 40 juta pound.

atas sebab performance yang baguih, jadi pemain tertua MU yang main kat UCL, rooney dah bagi pujian melambung kat giggs. rooney rasa giggs ni patut dapat title 'sir' bila dah bersara nanti. takat lani, giggs dah pun dapat anugerah OBE (menatang apa pun aku taktau), antara darjah kebesaran dari ratu england kot.

  otai MU - giggs

mungkin ada yang tak perasan kelab jerman, bayern munich dah pun sack louis van gaal dari jawatan pengurus pasukan. bayern lani berada di luar slot ke UCL dalam keadaan tertekan untuk melayakkan diri. walaupun ada ribery dan robben, bayern tak berupaya nak perform di bawah kendalian van gaal.

torres. satu nama yang lani bukan asing buat penyokong chelsea. apa taknya, striker yang berharga 50 juta pound, rekod termahai dalam bola sepak UK, masih gagal pecah teloq. kalu dibuat sedikit kira2 matematik, dengan amik kira gaji dan yuran perpindahan, chelsea dah spend dekat2 75 ribu pound untuk seminit torres duk atas padang. memang mahai sungguh chelsea bayaq untuk servis torres ni no hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan