Khamis, 21 April 2011

Kisah rumah sewa....

Abu menyewa sebuah rumah di Kampung Lunchang. Pemilik rumah sewa Abu adalah pengerusi JKKP Kampung Lunchang yang bernama Pak Mail. Sebagai ketua kampung yang sememangnya diketahui 'baik hati' dan 'pemurah', Pak Mail hanya meminta Abu membayar sewa bulanan sebanyak RM200 sahaja padahal sebelum Abu menyewa di rumah tersebut, penyewa terdahulu membayar sewa sebanyak RM500 kepada Pak Mail. Ini bermakna, Pak Mail telah memberikan diskaun kepada Abu sebanyak RM300. Jadi, tinggallah Abu di rumah sewa Pak Mail dari tahun 2006 sehinggalah 2008.

Akan tetapi, pada tahun 2009, Pak Mail telah menjual rumah yang disewa oleh Abu kepada sahabat karibnya iaitu Pak Ali. Walaubagaimanapun, Pak Ali tidak pula meminta Abu untuk berpindah keluar dari rumah sewanya. Selain itu, setahu Pak Ali, sewa bulanan yang pernah diceritakan oleh Pak Mail kepadanya adalah sebanyak RM500. Jadi, apabila rumah sewa tersebut telah dipindah milik sepenuhnya kepada Pak Ali, lalu dia pun meminta Abu untuk membayar sewa bulanan RM500.

Abu yang berang dengan tindakan Pak ALi yang kononnya menaikkan sewa bulanan, telah menceritakan hal tersebut kepada orang2 kampung. Abu dengan tegasnya mengatakan bahawa Pak Ali cuba menganiayanya sedangkan sebahagian besar orang kampung mengetahui yang Pak Ali juga memiliki sifat 'baik hati' sepertimana Pak Mail. Hakikatnya, Pak Ali boleh mengurangkan sewa bulanan RM500 tersebut kepada jumlah yang lebih rendah, tetapi dengan syarat, Abu mestilah berjumpa dan berbincang dengannya. Namun, Abu masih berdegil dan terus mengatakan Pak Ali cuba menindasnya.

Jadi, siapa yang pergi berjumpa dengan siapa? Adakah Pak Ali perlu berjumpa dengan Abu? atau Abu yang harus bertemu dan berbincang dengan Pak Ali? Sama2 kita renungkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan