Khamis, 28 April 2011

Al-kisah seorang rakyat bulgaria....

pada awal musim, dia dikatakan akan memenuhi ekspektasi para peminat kelabnya setelah menyertai kelab tersebut dua musim. sebelum ini, dia telah dibandingkan dengan lagenda kelab tersebut kerana dilihat mempunyai kemahiran serta corak permainan yang hampir sama. dan hampir menjadi kenyataan bagi kelab tersebut apabila dia telah menampakkan sedikit harapan dengan berjaya mempertingkatkan prestasi serta menjaringkan gol demi gol. persembahan dan aksinya benar2 diharapkan oleh kelabnya kerana pasangannya tidak beraksi cemerlang dan diselubungi pelbagai masalah. dari masalah kecederaan, masalah peribadi sehinggalah ke masalah dengan kelab kerana dikhabarkan ingin berhijrah ke kelab lain.

perlawanan demi perlawanan diharungi, dia menjadi penyerang berbisa dengan menjaringkan gol. hasil usahanya itu, sebelum perayaan krismas, dia diberikan berita gembira apabila kelabnya dikatakan akan memberikan kontrak baru dengan kenaikan gaji yang agak tinggi. tiba2, sebaik sahaja perkhabaran tersebut, dia seolah2 mengalami krisis dan mula ketandusan gol. dan pada masa yang sama, pasangannya telah pulih dan bebas dari segala masalah dan kembali menunjukkan aksi yang baik. 

apabila masuk tahun baru, dia sekali lagi cuba menanyakan tentang kontrak baru yang dijanjikan oleh kelabnya. tetapi, kelabnya tidak memberikan sebarang jawapan memandangkan pasangannya bermain lebih cemerlang. selain itu, kehadiran seorang pemuda dari mexico telah menutup peluang untuk dirinya beraksi. pasangannya telah dapat bermain dengan baik setiap kali digandingkan dengan pemuda mexico tersebut. 

dengan usia yang menghampiri 30 tahun, dia mungkin tidak akan menerima kontrak baru kerana kelabnya lebih memberikan perhatian kepada pasangannya dan pemuda mexico. nampaknya habis sahaja musim ini, dia bakal melangkahkan kaki keluar dari kelab yang pernah suatu ketika menjadikannya orang termahal di negara. si dia, tidak lain dan tidak bukan DIMITAR BERBATOV.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan