Selasa, 19 April 2011

bye bye FA cup....

MU telahpun tewas 0-1 dengan man city hujung minggu lepas dalam saingan separuh akhir piala FA. kekalahan tersebut berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

1. kegagalan berbatov untuk menjaringkan gol walaupun telah mempunyai peluang keemasan. dalam perlawanan tersebut, di awal masa permainan, berbatov mempunyai sekurang2nya dua peluang yang seharusnya menghasilkan gol, namun berbatov gagal berbuat demikian. aku merasakan strategi MU adalah untuk mencari gol secepat yang mungkin dan seterusnya dapat mengawal rentak permainan. tetapi kegagalan MU untuk mendapatkan gol telah menyebabkan man city mampu menyaingi corak permainan MU seterusnya mula memberikan tekanan kepada MU.

2. aksi longlai carrick dan JSP apabila masuk separuh masa kedua. kedua2 mereka tampak bertenaga dalam separuh masa pertama dan seharusnya MU memperoleh gol tatkala carrick dan JSP bermain dengan baik. setelah gagal memperoleh gol manakala man city bermain dengan kemas, carrick dan JSP memberikan aksi yang kurang bertenaga. ini mungkin berpunca daripada keletihan selepas bermain pada pertengahan minggu menentang chelsea dalam saingan UCL. akibatnya, carrick melakukan kesilapan besar apabila menghadiahkan bola kepada yaya toure yang selepas itu berjaya merembat bola masuk ke dalam gawang gol MU melepasi kawalan VDS. gara2 gol tersebut, bukan sahaja carrick dan JSP lesu, hampir keseluruhan pemain MU gagal meningkatkan permainan masing2.

3. prestasi scholes yang kurang memberangsangkan. seharusnya scholes cergas dan segar untuk menghadapi man city, namun scholes agak diam sepanjang perlawanan apabila tidak memberikan kesan dalam merencana serangan MU. scholes juga lambat dalam membantu carrick di bahagian tengah ketika man city menyerang. prestasi scholes yang merosot dalam perlawanan tersebut bertambah buruk apabila scholes dilayangkan kad merah selepas membuat terjahan keras terhadap pemain man city.

4. ketiadaan fletcher. walaupun carrick telah beraksi kemas dalam dua perlawanan menentang chelsea, namun ketiadaan fletcher di bahagian tengah MU begitu dirasai ketika perlawanan dengan man city. fletcher disisihkan dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan telah menyebabkan MU kehilangan sedikit sengat di bahagian tengah.

berdasarkan persembahan yang teruk daripada berbatov dan scholes dalam perlawanan sebegini penting, aku merasakan mereka berdua akan menerima akibatnya daripada SAF. scholes mungkin tidak akan menerima penyambungan kontrak untuk satu musim lagi manakala berbatov akan dijual pada musim panas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan