Isnin, 11 April 2011

Kesabaran aku yang dah abih limit...

masa sampai umah lepas balik dari opis, aku teruih pi bersemuka dengan jiran sebelah umah aku ni, tujuan aku senang ja, nak habaq atau nak minta dia suh anak dia jangan duk 'rem' moto depan umah aku malam2. bukan apa, aku dah la ada anak kecik, dahtu aku pun kena pi gheja pagi2, jadi malam tu kalau boleh nak la tidoq tanpa gangguan.

masalah anak dia dengan kawan2 'bangang' dia bukannya baru. sejak dari aku mola aku duk umah ni sampai la ke lani. dulu masa tadak moto, pakat2 duk bersidai menyembang depan umah aku. aku bleh terima lagi. dahtu duk melawak gelak terbahak2. aku sabaq lagi. dahtu mai plak duk pasang laptop 2 3 bijik men game. aku masih lagi cool. tapi mai bila pak dia beli moto, teruih jadi hingaq sangat. apa lagi, teruih la hangin satu badan. aku pun canak lagi, tepon polis suh mai usha la. tapi sebelum kes aku call polis tu, aku dah habaq dah kat mak dia. tapi bleh lak mak dia tarik muka kat aku satu family. mai ja polis, teruih pakat senyap abis. balik ja polis, teruih mak dia kluaq konon2 cam tak puas ati. tapi ada aku kisah.....

ingatkan dah abih la takat tu, rupanya duk minat lagi 'rem' moto. tapi aku cuba bersabaq sangat. cuma sejak 2 3 malam lepaih, aku dah nek marah. duk cari masa ja bila nak pi sembang baik punya dengan mak dia. tu yang petang tadi, aku pi cakap2 dengan mak dia. apa punya akai la mak dia ni, bleh lak pi backing anak dia tu. dahtu siap kata kat aku yang aku ni menyombong tak suka berjiran dahtu dengki dengan family dia. setau aku la, aku duk tegoq jugak dengan orang2 len dalam taman aku ni. lagi satu, buat apa la aku nak dengki dengan dia. tadak pasai la aku nak rasa dengki. kot aku dengki, sahih aku wat something kat meja juai ayaq dia depan umah. ni langsung aku tak bising apa pun.

petang tadi dahla dengan ujan lebat, aku lak duk pi cakap2 dengan mak dia. bleh lak kak dia mai nyebuk suh aku pi duk tang len kalu tak suka jiran bising. bukan ka orang islam ada adab hormat jiran. aku berani la kata, aku satu family jarang sangat aihh buat bising. kot ada sangat pun, sebab gate umah aku ni yang terpaksa kena tolak/sorong kluaqkan bunyi kuat. pak mertua aku pun mai jugak jadi lauk tambah hahaha. siap gempaq nak suh polis bawak mai black maria angkut moto2 depa. teruih mak dia tak berani nak lawan.

emm apapun, aku malas la nak panjang2kan cerita. aku harap apa yang aku cakap2 petang tadi akan bagi positive effect kat jiran aku ni. aku doa banyak2 kat allah semoga depa bleh la ubah perangai. aku pun takdak la nak simpan dendam ka apa ka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan