Selasa, 26 April 2011

Jom berjaga awai pagi esok....

game malam ni, kedah masih lagi bawah kendalian RMD. kira last game dia la handle kedah ni. bukan apa, kalau tak salah ada regulation dalam FIFA kata satu2 pasukan tu takleh duk bawah coach hat tadak lesen A lama2. satgi tak pasai2 kedah ni kena gantung. sebab tu la kedah amik WJ ganti AY. tapi WJ akan mula gheja dia khamis ni. jadi kedah lawan t-team malam ni, RMD la yang akan atoq strategi, taktikal dan pilih pemain. harap2 kedah menang la malam ni. menang sebijik pun takpa dah.

sebenaqnya atas ni selingan ja. hat aku nak cerita panjang skit adalah pasai game MU awai pagi esok. MU akan lawan dengan wakil jerman, schalke dalam semi final pusingan pertama UCL. ferdinand dan rooney pernah dah main kat stadium schalke ni masa main england dalam WC 2006, ala game yang rooney kena kad merah sebab pi bagi buah 'job' kat carvalho.

MU nampaknya bawak hampir full strength squad pi jerman. yang takleh pi sana pun hanya tiga pemain ja, fletcher, hargreaves dan berbatov. fletcher masih lagi tak lega2 dari kena virus pelik. tapi berita positif kata fletcher mungkin akan dapat main balik hujung minggu ni bila MU lawan arsenal. hargreaves macam besa la, lepas satu, mai plak lagi satu. ingatkan dah baik dah la dari cedera lutut lembik dia tu, alih2 cedera bahu la plak. tadak harapan dah nak men kat MU kot lepas2 ni. buta ja MU bayaq dekat 17 juta pound kat bayern munich. berbatov plak katanya cedera groin. tau katna? nu kat kawasan celah kangkang nu hehehe. game lawan everton baru ni pun, berbatov bukan takat tak men 1st eleven, tapi dalam substitute pun tadak.

aku rasa SAF akan guna 1st eleven terbaik untuk game ni. duk rasa, formasi 4-5-1 la yang mungkin SAF guna. rasanya camni la kot 1st eleven MU untuk game pagi esok:

van der sar

rafael   ferdinand   vidic   evra

carrick

valencia   giggs   ji-sung park   nani

rooney

macam slalu la taktikal dan strategi yang SAF duk pakai tiap2 kali main away dalam UCL. takleh nak terlalu adventurous sangat. yang penting, midfield kena kuat la. bukan senang nak men kat tempat orang. kalau MU leh main macam lawan chelsea kat stamford brigde aritu, kira walking pace ja masa pegang bola, aku yakin MU tadak masalah takat nak draw dengan schalke. yang penting, finishing mau kemas bila ada peluang untuk boh gol. takmo ada dah penyakit berbatov tu heheh.

sembang pasai rekod plak, MU musim ni tak bolos lagi bila men tempat lawan dalam UCL. schalke lak menang dalam semua game UCL kat tempat sendiri. jadi, lawan MU ni bukan boleh dianggap lemah, tambah2 lak depa sendiri terajang kluaq juara bertahan, inter milan lepas menang kedua2 leg, kat itali dan jerman.

tapi dengan kembalinya ferdinand untuk pair dengan vidic, defend MU nampak mantap skit. dahtu carrick, giggs dan JSP yang main sat / tak main lawan everton baru ni, akan fresh la untuk lawan schalke. valencia pun dah macam dah ada full match fitness dan sharpness. lepas ni bleh tengok la kot crossing2 yang baguih dari valencia, maklumla lama sangat si valencia ni tak men sebab cedera. nani lak dah kluaq dah dari bayangan CR dan tunjuk potensi yang sebenaq. rooney dah on-form dah dalam dua bulan ni. harap rooney bleh maintain la sampai hujung musim ni heheh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan