Selasa, 12 April 2011

kisah MU lagi.... nak apa lagi hahah

Preview MU vs Chelsea

Awal pagi esok, MU akan melayan kunjungan chelsea ke OT bagi perlawanan pusingan kedua dalam peringkat suku akhir UCL musim ini. Peluang MU agak cerah apabila mempunyai bekalan selesa 'away goal' yang dijaringkan oleh rooney ketika beraksi di stamford brigde minggu lepas.

Setakat ini, MU memiliki rekod yang baik di tempat sendiri dalam saingan UCL. MU belum pernah tewas di OT sejak mengalami kekalahan kepada AC Milan pada tahun 2005. MU mempunyai kelebihan untuk mengatasi chelsea dalam perlawanan awal pagi esok kerana beberapa faktor:

1. duo-winger MU telah kembali beraksi. nani dan valencia boleh dikatakan cemerlang di bahagian sayap ketika bermain dalam dua tiga perlawanan kebelakangan ini. nani telah menunjukkan konsistensi yang baik musim ini dengan mendahului carta 'assist' dalam BPL tetapi namanya gagal disenaraipendekkan bagi anugerah "player of the season". manakala valencia pula, dia tampak cergas sepenuhnya dan kembali memainkan peranannya dengan baik di sayap kanan. sudah pasti, nani dan valencia akan menjadi antara nama yang terawal akan dimasukkan dalam kesebelasan utama MU bagi menentang chelsea.

2. walaupun mengalami beberapa kecederaan dan terpaksa berehat panjang, MU kini boleh senyum kegembiraan dengan kehadiran semula ferdinand. sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perlawanan pertama di stamford brigde, ferdinand begitu 'commanding' dan memberikan persembahan yang amat cemerlang seolah2 seperti dia tidak pernah berehat lama. kehadiran semula ferdinand bakal memberikan impak yang amat positif bagi 'title run-in' musim ini tatkala MU sedang mengejar tiga kejuaraan utama.

3. rooney dan carrick telah memperlihatkan prestasi yang sepatutnya. walaupun di awal musim, persembahan mereka akan merosot, tetapi kini, rooney dan carrick telah kembali ke prestasi sebenar. rooney ketika ini dilihat mempunyai 'nafsu' untuk menjaringkan gol serta bermain secara 'all out' bagi membantu pasukan. carrick pula berjaya menampilkan aksi kemas sama ada untuk tugas 'defensive' ataupun ketika membuat hantaran2 berkesan kepada rakan2.

4. kesungguhan untuk bersara 'with flying colour' telah menyebabkan VDS mampu beraksi dengan cemerlang walaupun usia telah mencecah 40 tahun. persembahan yang ditunjukkan oleh VDS sehingga ini hanya mampu dimimpikan oleh mana2 penjaga gol muda. aku pasti berasa sedih apabila tidak dapat melihat kelibat VDS bersama MU musim hadapan dan berharap MU dapat mencari 'successor' VDS dengan secepat mungkin.

selain daripada faktor yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa lagi faktor yang bakal mempengaruhi persembahan MU nanti. antaranya percaturan taktikal yang mungkin lebih 'attacking' akan digunapakai sepertimana yang telah dilakukan oleh SAF apabila bermain di OT. di samping itu, sokongan padu dari penyokong juga bakal menaikkan lagi semangat para pemain MU.

prediction aku: MU 3 [rooney, berbatov, nani] - chelsea 1 (aggregat 4-1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan