Jumaat, 5 Oktober 2012

Sembang kosong pasal MU


Dah lama tak sembang pasai MU guna bahasa pasar, yakni apa lagi selain dari loghat ibunda. Sebenaqnya banyak yang aku nak ulas, tapi tak dan sebab kalut skit.

Takat la, MU dah kalah dua kali dalam enam perlawanan. Teruk sangat ka? Kalu ikut aku, aku kata teruk la sebab team len, terutamanya hat duk celen nak jadi juara cam Chelsea, Man City dan Arsenal, ada yang tak pernah kalah, takpun paling lekeh pun kalah sekali ja.

Tapi, cuba tengok rekod bawah ni yang aku amik dari Skysport. Kira camna prestasi MU dalam enam perlawanan pertama dalam sejarah BPL ni. Termasuk musim ni, MU dah besa rasa kalah dua kali dalam enam perlawanan tiga musim. Tapi dua musim sebelum ni, MU berjaya jadi juara. Jadi, apa lagi, optimistik la hehe, kira kena pikiaq positif.

SeasonRecordFinal position
2012/13LWWWWL?
2011/12WWWWWD2nd
2010/11WDWDWD1st
2009/10WLWWWW2nd
2008/09DWLDWW1st
2007/08DDLWWW1st
2006/07WWWWLD1st
2005/06WWWDDL2nd
2004/05LWDDDW3rd
2003/04WWWLWD3rd
2002/03WDDWLL1st
2001/02WDDWLW3rd
2000/01WDDWWW1st
1999/00DWWWWW1st
1998/99DDWWLW1st
1997/98WWDWWW2nd
1996/97WDDDWW1st
1995/96LWWWWW1st
1994/95WDWWLW2nd
1993/94WWDWWW1st
1992/93LLDWWW1st

Okay, selesai cerita secara makro. Lani kita zoom untuk mikro lak, pasai pemain. Aku rasa dah tiba masanya untuk SAF bagi Fletcher main secara kerap terutamanya dalam perlawanan BPL. Fletcher nampak baguih bila bagi perlindungan kat barisan pertahanan. Nampak sangat role dia masa MU lawan Newcastle United dan Cluj.

Kudrat Fletcher amat ditagih ketika ini

Aku bukan nak kata Carrick atau Scholes tak baguih, tapi hangpa pun tau camna cara depa dua main, kena plak dua-dua dah umoq 30 tahun lebih. Jadi, stamina tu dah kurang skit. Fletcher baru 28 tahun, cuma tak bernasib baik pi ada penyakit teruk. Carrick bukan tak bleh main defensif, tapi bila mai lawan dengan lawan hat main fizikal, sahih tak bleh pi punya la.

Scholes lak, cam duk tau la, lebih bagi impak untuk serangan dari defensif. Cam lawan Spurs aritu, SAF pi letak Carrick, Scholes dan Giggs main skali. Hmmmm apa lagi, kena tiaw la. Depa tiga tak bleh bagi main serentak terutamanya dalam kesebelasan utama. Kena pilih dua dari tiga. 

Rasa ralat jugak la sebab patutnya Scholes ni guna sekali sekala ja. Tapi mai musim ni, kerap lak dia main. Dah bleh la kot SAF bagi juga ruang kat Anderson dengan Cleverly untuk main. Formasi 4-2-3-1 memang cukup sesuai dengan MU terutamanya bila adanya RVP dan takdak pemain sayap yang bleh main. Mungkin bila Valencia dengan Young boleh main, baru tukaq pi jadi 4-4-2 balik.

Jadi, formasi 4-2-3-1 ni perlukan banyak pemain yang boleh main kat kawasan tengah. Senang cakap formasi ni nak guna 2 ke 3 pemain tengah. Selebihnya lebih kepada pemain yang cenderung menyerang. Lani, Anderson dan Cleverly termasuk jugak Fletcher, bleh cuba untuk rebut slot tu, selain pemain yang duk ada, Carrick, Scholes dan Giggs.

 
Ferdinand, lupakan saja England ok?

Cerita len lak, kesian jugak kat Ferdinand sebab Hodgson tak minat nak amik dia men untuk England. Tupun tau dari media massa lepas bocoqnya cerita Hodgson pi sembang dengan orang kat kaunter tiket tren. FA England pun panaih jugak dengan Hodgson sampai Hodgson lani kena minta maaf kat Ferdinand sebab tak bagitau cara elok.

Nani pun nampak gaya cam tak lama sangat dah kat MU. Mujoq la Young dengan Valencia cedera, tu yang dia bleh lekat main lagi. Khabar angin terbaru kata SAF nak beli Tom Ince, anak Paul Inco dari Blackpool Januari ni. Ince yang bleh main tengah dan sayap ni duk nampak sebagai pelan untuk isi kekosongan Nani nanti.

Masa perlawanan UCL antara Man City dengan Borussia Dortmund (BD), SAF ada jugak pi tengok. Katanya SAF nak tengok beberapa pemain BD seperti Lewansdowski, Gotze, Hummels, Gundogan, Subotic dan Pisczek. Kira berkenan sungguh MU kat BD no, dah la musim ni beli Kagawa. Dahsyat juga la BD ni sebab bleh ada pemain baguih. Mula aritu juai Sahin, dahtu Kagawa. Tapi duk ada ramai lagi hat kemaih.

Mau tak mau lani, MU kena pulun tak bagi lawan boh gol dulu. Rugi la MU kena pulun lepaih ketinggalan. Kena cam Spurs aritu, mau tau la. Hujung minggu ni, lawan Newcastle United la. Pertahanan kena tingkatkan balik persembahan walaupun takdak Vidic. Yang menarik adalah nak tengok camna Rooney dan RVP main heheh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan