Khamis, 4 Oktober 2012

Review: MU vs CFR Cluj (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 2
van Persie 29', 49'

CFR CLUJ 1
Kapetanos 14'


Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

Wayne Rooney


Kesebelasan utama:


Pemain gantian:

Wootton >> Evans
Welbeck >> Chicharito


Ulasan perlawanan:

Walaupun kunjungan MU ke Romania tidak disertai oleh trio tengah berpengalaman iaitu Carrick, Scholes dan Giggs, barisan pemain yang dibawa tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang tiga mata penuh. Kemenangan ke atas CFR Cluj (Cluj) awal pagi Rabu merupakan kemenangan ke100 MU dalam sepanjang saingan UCL.

SAF menurunkan kesebelasan utama MU dengan formasi 4-3-1-2 dengan Rooney diberikan peranan 'free role'. Kebimbangan sedikit timbul kerana MU yang sememangnya terkenal dengan permainan menggunakan pemain sayap, langsung tidak menurunkan sebarang pemain di posisi tersebut sekaligus mungkin menyebabkan permainan MU di Romania akan menjadi sempit.

Namun, kesebelasan utama MU membuktikan kemampuan masing-masing dan Rooney ternyata menjadi pemain yang menyinar dalam perlawanan. Walaupun tidak mencatatkan nama sebagai penjaring gol, usaha Rooney dalam menghasilkan dua gol perlu dipuji selain berjaya menggerakkan serangan MU dengan menjadi penghubung yang baik antara bahagian tengah dan serangan.

Persembahan Cleverly, Anderson dan Fletcher amat memberangsangkan. Ketiga-ketiga mereka memainkan fungsi masing-masing dengan begitu berkesan. Fletcher kemas dalam melindungi barisan pertahanan, Anderson bijak menyekat pergerakan pemain tengah Cluj sementara Cleverly berjaya membantu Rooney melancarkan serangan.

Oleh kerana ketiadaan pemain sayap, MU lebih kerap cuba membuat lorongan dari tengah bagi mengeksploitasi kepantasan larian Chicharito dan ketajaman penyudahan RVP. Chicharito tidak banyak menerima hantaran tetapi kehadirannya di atas padang menyebabkan pertahanan Cluj kucar-kacir seterusnya membuka ruang kepada RVP.

Pertahanan MU sekali lagi menampakkan kelemahan terutamanya di bahagian tepi apabila bolos menerusi serangan pantas pasukan lawan. Evra seharusnya lebih berwaspada dan pantas untuk mengekang larian pemain sayap Cluj. Kegagalannya berbuat demikian menyebabkan Cluj menjaringkan gol.

Mujur Cluj tidak banyak menyerang pada separuh masa kedua kerana kesemua pemainnya boleh dikatakan berada dalam kawasan sendiri sepanjang 45 minit. Namun, kerisauan sedikit timbul apabila Evans gagal menamatkan perlawanan dan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Wootton yang menggantikan Evans menampilkan aksi yang kemas walaupun membuat penampilan sulung dalam UCL.

MU juga perlu berterima kasih kepada DDG kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Cluj. MU cuba untuk menambahkan jaringan namun apa yang penting adalah MU mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan. Ini menunjukkan MU bermula baik pada saingan UCL musim ini selepas kekecewaan pada musim lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan