Isnin, 8 Oktober 2012

Saja wat pala rajin


Mungkin sebab pekena ayaq nescafe kat umah mak aku time maghrib, aku takleh nak tidoq awai. Abih ja game MU-Newcastle United, aku sambung berjaga tengok Real Madrid lawan Barcelona lak. Tapi tengok takat separuh masa pertama ja la sebab mai ja tang rehat, anak aku hat kecik reyau, dan-dan katup tv teruih. Jadi ni skit ulasan pasai game Real Madrid vs Barcelona tapi untuk separuh masa pertama saja la.

Real Madrid

Kesebelasan utama (4-2-3-1):

Casillas
Arbeloa - Pepe - Ramos - Marcelo
Alonso - Khedira
De Maria - Ozil - Ronaldo
Benzema

Corak permainan:

Memang laju sama ada dari segi hantaran mahupun gerakan. Tujuan utama lebih kepada mengeksploitasikan kelincahan Ronaldo dan De Maria. Aku cukup teruja melihat satu pasukan yang dibarisi oleh pelbagai pemain utama negara masing-masing menampilkan corak permainan yang berbeza. Bahagian serangan menampakkan kemantapan namun bahagian pertahanan sedikit kucar-kacir setiap kali berhadapan serangan Barcelona.

Khedira mencuri tumpuan apabila boleh dikatakan berjaya mengekang bahagian tengah Barcelona. Banyak pintasan yang dilakukan dan sebaik sahaja bola berjaya dirampas, hantaran pantas terus dibuat. Corak permainan ini benar-benar menekan Barcelona. Namun, Benzema kerap berada di luar posisi sekaligus menyebabkan Real Madrid kehilangan pemain dalam kotak penalti lawan apabila menyerang.


Barcelona

Kesebelasan utama (4-3-3):

Valdez
Dani Alves - Adriano - Mascherano - Jordi Alba
Busquet - Xavi - Iniesta
Pedro - Messi - Fabregas

Corak permainan:

Corak permainan sedikit berbeza berbanding di bawah kendalian Pep Guardiola. Aku memang cukup kagum melihat bagaimana Barcelona  bermain tanpa menggunakan penyerang tulen. Messi yang kononnya diletakkan bagi mengetuai serangan lebih banyak membuka permainan dari tengah dan memberikan ruang kepada Fabregas dan Pedro bergerak masuk ke dalam.

Seperti biasa, Xavi dan Iniesta menjadi penggerak utama Barcelona. Bertukar-tukar hantaran dalam kawasan yang padat seolah-olah tiada masalah buat Xavi dan Iniesta. Ketiadaan Pique dan Puyol menyebabkan pertahanan Barcelona sedikit goyah, ditambah pula kecederaan awal yang menimpa Dani Alves. Namun, dengan corak permainan yang kemas terutamanya melibatkan peratusan penguasaan bola yang tinggi membolehkan Barcelona menghadkan pergerakan Real Madrid dalam melancarkan serangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan