Khamis, 25 Oktober 2012

Berita Terbaru MU


Oleh kerana banyak berita MU yang disiarkan sepanjang minggu ini, jadi aku akan kongsikan sedikit sebanyak dalam entry kali ini.


1. Nani mengakui bahawa beliau masih tidak mengetahui bagaimana nasibnya bersama MU. Ini adalah kerana timbul spekulasi mengatakan Nani akan meninggalkan kem MU pada Januari nanti.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607852/Nani-God-knows-if-Ill-stay-at-United.html


2. Penjaga gol Chelsea, Cech merasakan Rooney bakal menjadi ancaman utama kepada Chelsea dalam perlawanan hujung minggu ini memandangkan Rooney telah meledakkan tiga gol dalam dua pertemuan BPL pada musim lepas.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607816/Petr-Cech-Wayne-Rooney-is-Donetsk-big-threat.html


3. Rio dan Anton Ferdinand masih lagi tidak berpuas hati dengan FA England kerana dikatakan tidak memberikan hukuman dan tindakan yang setimpal kepada Terry. Selain itu, mereka juga merasakan kempen anti-rasis iaitu "Kick It Out" masih belum berkesan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607773/Rio-and-Anton-Ferdinand-statement-Brothers-slam-FA-and-PFA-for-handling-of-racism-in-football.html


4. Fletcher merasakan pertembungan dengan Chelsea pada hujung minggu ini seolah-olah seperti menentang Barcelona kerana pada musim ini, Chelsea menggunakan pendekatan bermain pantas dan bertukar-tukar hantaran yang hampir sama dengan Barcelona berbanding sebelum ini di mana Chelsea lebih cenderung untuk mengatasi pihak lawan secara fizikal.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607779/Darren-Fletcher-Playing-Chelsea-these-days-is-like-facing-Barcelona.html


5. Evans berharap dirinya mampu untuk menjaringkan gol buat MU dengan lebih kerap.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607762/Jonny-Evans-eager-to-continue-Manchester-United-goal-scorer-role-against-Chelsea.html


6. MU dikatakan bersedia untuk menawarkan sambungan kontrak satu tahun kepada Ferdinand tetapi dengan gaji yang lebih rendah iaitu sekitar 60 - 70 ribu pound seminggu.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/10/22/3469016/manchester-united-look-to-slash-rio-ferdinand-salary-with


7. MU tampak akan bersaing dengan Real Madrid bagi mendapatkan Alen Halilovic, pemain berusia 16 tahun yang dilabelkan sebagai "Balkan Messi".

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2914/champions-league/2012/10/24/3473984/introducing-the-16-year-old-balkan-messi-wanted-by-real


8. Walaupun dikatakan tidak berpuas hati, Ferdinand mengatakan dirinya akan bersalam dengan Terry dan Cole sebelum sepak mula perlawanan Ahad ini.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4607996/Rio-Ferdinand-Ill-shake-hands-with-John-Terry.html


9. Lindegaard terpaksa disisihkan dalam perlawanan dengan Chelsea selepas mengalami kecederaan pada ibu jari tangan.

sumber: http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2012/10/23/3473222/lindegaard-ruled-out-of-chelsea-clash-with-thumb-injury


10. Kagawa telah disahkan mengalami kecederaan lutut ketika beraksi menentang Braga baru-baru ini dan kemungkinan tidak dapat diturunkan pada hujung minggu ini.

sumber: http://www.manutd.com/en/News-And-Features/Football-News/2012/Oct/shinji-kagawa-picks-up-injury-against-braga.aspx


11. MU diberitakan telah mengenalpasti pengganti SAF memandangkan SAF mungkin tidak akan menjadi pengurus MU sehingga umurnya mencecah 75 tahun.

sumber: http://www1.skysports.com/football/news/11667/8190550/Ed-Woodward-says-Manchester-United-know-what-type-of-manager-they-want-next

Tiada ulasan:

Catat Ulasan