Isnin, 1 Oktober 2012

Kompilasi berita MU


Sorotan berita terbaru


1. Pemain pertahanan muda, Wootton berkemungkinan besar akan beraksi pada perlawanan UCL pertengahan minggu ini apabila Evans dikatakan mengalami sedikit kecederaan ketika MU tewas kepada Tottenham Hotspur.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/manchester-united-defensive-crisis-could-1353085


2. SAF meminta para pemain MU untuk berwaspada dengan cabaran yang akan diberikan oleh kelab Romania, Cluj dalam aksi UCL kumpulan H. Diberitakan Fletcher akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/champions-league-cfr-cluj-vs-1350145


3.  Nani dikhabarkan sedang diintai oleh Juventus dengan kelab tersebut bersedia untuk membuat bidaan sekitar 12 juta pound.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/juventus-set-to-offer-manchester-united-1350961


4. MU sedang memantau progres pemain berusia 16 tahun yang dilabelkan sebagai 'Modric baru'.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-transfer-news-alen-1349568


5. MU telah menyertai persaingan antara Liverpool, Man City dan Tottenham Hotspur bagi mendapatkan khidmat pemain muda berusia 18 tahun, Nathan Redmond yang kini sedang beraksi bersama Birmingham City.

sumber: http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/manchester-united-enter-chase-for-birmingham-1350522


6. Nani dikatakan terlibat dengan perselisihan dengan Petrucci dan Nani telah melepaskan tumbukan ke arah pemain muda tersebut.

sumber: http://www.tribalfootball.com/articles/nani-future-doubt-after-ugly-row-man-utd-pal-petrucci-3556331


7. Lagenda England, Alan Shearer berpendapat MU sekali lagi akan terlepas peluang untuk menjuarai BPL musim ini selepas tidak dapat menggunakan khidmat Vidic yang tersisih akibat kecederaan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4564725/Alan-Shearer-says-losing-Nemanja-Vidic-will-cost-Manchester-United-the-title.html


8. SAF diberitakan telah meminta Ferdinand untuk melupakan hasratnya menyarung jersi England bagi memastikan karier bola sepaknya bersama MU dapat dipanjangkan.

sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4563695/Alex-Ferguson-tells-Rio-Ferdinand-to-quit-England-duty.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan