Rabu, 24 Oktober 2012

Review: MU vs SC Braga (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 3
Chicharito 25', 75'
Evans 62'

SC BRAGA 2
Alan 2', 20'



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

CHICHARITO


Kesebelasan utama:


Pemain gantian:

Nani >> Kagawa
Giggs >> Chicharito


Ulasan perlawanan:

MU seolah-olah menjadikan situasi ketinggalan sebagai tabiat pada musim ini di mana dalam 12 perlawanan semua pertandingan musim ini, MU telah berada dalam situasi ketinggalan sebanyak lapan kali termasuk perlawanan awal pagi tadi. Daripada lapan, MU berjaya bangkit untuk mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan.

Mungkin, sebelum sepak mula, SAF telahpun berharap MU tidak memberikan pihak lawan gol pendahuluan dan menurunkan kesebelasan utama yang terbaik. Sepertimana yang dikatakan oleh SAF, MU menggunakan formasi 4-4-2 berlian bagi memadatkan kawasan tengah padang dengan harapan untuk menguasai permainan.

Namun, keputusan SAF tersebut memakan diri apabila SC Braga (Braga) bijak mengeksploitasikan pemain sayapnya sekaligus menyebabkan Rafael dan Buttner tertekan terutamanya pada separuh masa pertama. Ditambah pula ketiadaan Evra dan Ferdinand yang direhatkan dan Carrick diturunkan sebagai pertahanan tengah sementara Buttner membuat penampilan sulung dalam UCL, Braga seperti menghidu kelemahan MU di bahagian pertahanan.

Kapten Braga, Alan berjaya menjaringkan dua gol dari dua percubaan selepas Braga bijak melancarkan serangan pantas. Kegagalan pertahanan MU untuk mengekang pergerakan Braga dari awal mengakibatkan Alan pandai mencari ruang dan mampu untuk melepasi kawalan pertahanan MU. Dua gol dalam masa 20 minit awal perlawanan ternyata mengejutkan ribuan peminat MU di OT.

Mujur, MU yang diketahui memiliki semangat juang yang tinggi mampu mempertingkatkan persembahan selepas ketinggalan 0-2. MU terus menguasai permainan dan tiga serangkai MU iaitu Rooney, RVP dan Chicharito benar-benar cuba menggerakkan serangan MU. Hasilnya, Chicharito meledakkan gol pertama MU selepas menerima umpanan Kagawa yang mengawal bola yang terlepas daripada kawalan RVP.

Gol tersebut menaikkan lagi semangat pemain MU dan peminat MU mula memberikan sokongan yang semakin kuat. Namun, Braga kental bertahan sehingga tamat separuh masa pertama walaupun terdapat satu insiden di mana gol Chicharito dibatalkan kerana offside.

MU bermula dengan lebih garang pada separuh masa kedua. Nani dimasukkan bag menggantikan Kagawa yang mengalami kecederaan lutut. Kemasukan Nani membolehkan MU bermain dalam formasi 4-4-2 standard di mana Nani dan Rooney beraksi di bahagian sayap sekaligus menjadikan MU semakin mengancam dengan mempergunakan kelebaran padang OT.

Kehadiran RVP pada musim ini benar-benar memberikan kelebihan buat MU apabila sepakan sudutnya kerap menghasilkan masalah buat pasukan lawan. Dalam perlawanan awal pagi tadi, sepakan sudut RVP telah menyebabkan kekalutan dalam kotak penalti dan Evans pantas mengambil peluang mudah menolak masuk bola untuk gol kedua MU.

MU terus cuba melancarkan serangan bagi memastikan tiga mata penuh diperoleh. Chicharito sekali lagi menjaringkan gol apabila bijak mencari ruang dalam kotak penalti Braga dan menanduk masuk bola hantaran silang Cleverly untuk menjadikan keputusan 3-2. Sejurus gol tersebut, Braga telah menampakkan kepenatan dan MU meneruskan penguasaan bola sehingga wisel penamat.

MU seharusnya berterima kasih kepada bahagian serangan kerana telah beberapa kali membawa MU keluar dari situasi kekalahan. Ini adalah kerana MU mempunyai masalah yang teruk di bahagian pertahanan terutamanya berpunca daripada kecederaan di kalangan pemain. Jadi, MU perlu memperbaiki persembahan bahagian pertahanan dengan secepat mungkin bagi memastikan peluang MU untuk mengecapi kemenangan dalam setiap perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan