Khamis, 26 April 2012

RM, BM dan Chelsea


Dua gergasi Sepanyol akhirnya tersungkoq kat semi final UCL musim ni. Dan tak disangka, wakil tunggal dari England dan Jerman yang masuk quarter final berjaya jugak jejak kaki kat final.


Cam aku dah kata sebelum ni, Chelsea memang mampu layak pi final atas faktor-faktor yang dah aku nyatakan. Mungkin aku nak tambah skit faktor tu adalah Messi gagal menyinar. Terkejut jugak la Messi tak skor penalti. Based on Goal.com, Barcelona memang akan struggle kalau Messi tak boh gol dalam satu-satu game. Bukannya kalah kesemua, tapi jenuh jugak la nak menang.

Walaupun aku tak cerita sangat pasai game Real Madrid (RM) dengan Bayern Munich (BM) sebelum ni, tapi petang marin duk sembang dengan adik ipaq aku, aku memang duk jangka BM akan jumpa Chelsea dalam final nanti. Aku jangka camtu sebab stail RM main lani, tak bapa nak syok, terlalu direct untuk attack gila-gila punya. Hantaq bola pi depan kalut sangat dan bahagian tengah dia pun tak bapa nak kontrol gameplay RM.

Jadi, bila BM dapat handle stail RM ni dan bleh counter, memang RM cari nahas. Yang pasti, BM cuba nak elak dari kalah. Dan kalau kalah pun, takmo lebih dari satu gol. Sebab pusing kut mana pun, BM akan layak jugak. Alih-alih main sampai penalti. Bila dah sampai sepak penalti, semua ni bleh kata bergantung kat nasib dan BM ternyata lebih nasib baik selain keeper depa, Neuer perform lak.

Berat jugak la Chelsea nak jumpa BM bulan depan sebab ada masalah pemain defend takleh main. Yang betoi-betoi konfem takleh main adalah Terry dan Ivanovic. Bagi aku, memang la Terry ni kapten Chelsea, tapi Ivanovic ni jadi tunjang defend sebab bukan takat cover CB, tapi leh main jadi FB jugak. Dah la dua ni takleh main, sorang lagi, Cahill pun tak konfem bleh fit untuk main dalam final tu. Jadi takat la Chelsea cuma ada David Luiz ja.

BM juga ada player yang kena suspend. CB dia Badstubber dan DM Luis Gustavo sure takleh main final nanti. Tapi setau aku, BM ada lagi pemain yang baguih leh cover tempat depa. Yang aku nampak kelebihan kat BM ni adalah attacking force dia. Gomez memang superb masa lawan RM dan sapot dia memang mantop, sapa lagi kalau bukan Ribery, Robben dan Kroos. Schwienstieger (ntah betoi ka dak aku eja) lebih kepada kontrol midfield dan break gameplay opponent.

Apapun, pakat-pakat tunggu dan tengok la final tu nanti. Kalu ikut pandangan aku, BM mungkin besaq jadi juara. Tapi cam besa, bola tu bulat. Macam-macam bleh jadi dalam 90 minit perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan