Selasa, 21 Mei 2013

Review: MU vs West Bromwich Albion (BPL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 5
Kagawa 6'
Olsson 9' (o.g.)
Buttner 30'
v. Persie 53'
Chicharito 63'

WEST BROMWICH ALBION 5
Morrison 40'
Lukaku 50', 81', 86'
Malumbu 81'



Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):

ROMELU LUKAKU


Kesebelasan utama MU: 


Pertukaran pemain:

Giggs >> Cleverley
Scholes >>
Ferdinand >> Evans


Ulasan perlawanan:

MU menamatkan musim 2012/2013 dengan memperoleh keputusan seri 5-5 dengan West Bromwich Albion (WBA) dalam perlawanan terakhir BPL yang berlangsung di The Hawthorns. Keputusan seri tersebut sedikit sebanyak tidak menjejaskan majlis persaraan SAF walaupun pada hakikatnya jika kemenangan berjaya dicapai, ianya menjadi hadiah yang membanggakan buat SAF.

Dalam perlawanan ke-1500 di bawah kendaliannya, SAF menurunkan ramai pemain muda dalam kesebelasan utama MU bagi bertemu WBA. Ternyata keputusan tersebut tidaklah begitu memberangsangkan apabila MU gagal memanfaatkan kelebihan tiga gol setelah WBA berjaya meledakkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 5-5.

Bahagian pertahanan MU tampak begitu lemah sekali apabila gandingan Jones dan Evans gagal menangani tekanan yang diberikan oleh penyerang WBA. Jones dan Evans tidak menunjukkan ketenangan tatkala bola berada dalam kawasan sendiri memandangkan WBA beberapa kali berjaya merampas bola dari kawalan MU.

Selain itu, Lindegaard yang sebelum ini dikatakan kecewa apabila tidak menjadi penjaga gol utama MU mempamerkan aksi yang begitu longlai. Bukan sahaja selalu 'off-positioning' akibat gagal membaca permainan WBA, malah tidak berkomunikasi secara baik dengan barisan pertahanan MU di hadapannya.

Walaupun Buttner menempatkan nama selaku penjaring gol MU, namun prestasinya ketika bertahan tidak begitu baik. Dengan corak permainan yang kelam-kabut, Buttner dilihat tida berupaya menjadi pengganti kepada Evra. 

Kemasukan Lukaku pada separuh masa kedua membolehkan WBA melancarkan serangan yang lebih berkesan terhadap benteng pertahanan MU berbanding separuh masa pertama yang lebih menjurus kepada serangan balas pantas. Tambahan pula, WBA mempertingkatkan kepantasan permainan mengakibatkan MU sedikit kucar-kacir di bahagian bawah.

Carrick yang diberikan tanggungjawab selaku kapten pasukan mencuba sedaya upaya membantu bahagian pertahanan MU tetapi gagal mendapatkan bantuan secukupnya daripada rakan bahagian tengah yang lain. Cleverley yang bertenaga dalam separuh masa pertama tampak keletihan apabila bermain dalam separuh masa kedua manakala Anderson pula lebih banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang.

Giggs dan Scholes yang dimasukkan bagi menggantikan Kagawa dan Cleverley tidak banyak memberikan kesan kepada pertahanan MU. Walaubagaimanapun, tatkala kejuaraan BPL yang telah dicapai beberapa minggu lalu, MU tidaklah begitu tertekan dengan keputusan yang dicatatkan kerana tidak mempunyai signifikan terhadap kedudukan liga.

MU kini terpaksa membuka buku baru untuk musim hadapan di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes. Pastinya, MU dan Moyes ingin merealisasikan harapan SAF yang menginginkan MU mengekalkan kejuaraan BPL untuk musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan