Isnin, 13 Mei 2013

Review: Manchester City vs Wigan Athletic (FA Cup Final)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER CITY 0

WIGAN ATHLETIC 1
Watson 90+1'


Pemain terbaik perlawanan:

CALLUM McMANAMAN


Ulasan perlawanan:

Wigan Atheletic (WA) mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan Manchester City (MC) dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley. Keputusan 1-0 menerusi gol tunggal yang dijaringkan oleh Watson pada masa kecederaan minit 91 sudah cukup untuk memberikan keceriaan kepada WA.

WA dilihat telah bersedia dari segi taktikal dan strategi apabila bertemu MC. Biarpun MC dibarisi oleh pemain ternama seperti Silva, Tevez dan Toure, namun MC boleh dikatakan tidak berjaya mencipta peluang yang benar-benar mampu merobek pintu gol WA. Tetapi sebaliknya, WA tampak lebih berbahaya apabila melancarkan serangan balas pantas.

McManaman layak untuk ditabalkan pemain terbaik perlawanan setelah menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan. Bukan sahaja menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika beraksi, McManaman juga menjadi nadi penggerak kepada WA dalam mengucar-kacirkan pertahanan MC.

Selain McManaman, Scharner dan Boyce turut cemerlang di bahagian pertahanan WA. Kemantapan mereka berdua menyebabkan MC berputih mata, tidak mendapat sebarang hasil apabila melancarkan serangan. Kone dan Maloney juga memberikan sumbangan yang cukup bermakna buat WA.

Walaupun berada di zon penyingkiran, ianya seolah-olah tidak memberikan tekanan kepada WA untuk menunjukkan persembahan bertenaga dalam mengalahkan MC. WA benar-benar beraksi dalam satu pasukan sepanjang 90 minit perlawanan. 

Sebarang keputusan dalam perlawanan akhir tersebut, WA akan beraksi di pertandingan eropah musim depan. Tetapi, kemampuan untuk merangkul kejuaraan Piala FA menjadikan pencapaian cemerlang buat WA sekaligus meningkatkan lagi saham pengurusnya, Roberto Martinez yang kini diura-urakan bakal menjadi pengurus Everton yang baru, menggantikan David Moyes yang akan menyertai MU mulai musim hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan