Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 2
Chicharito 39'
Ferdinand 87'
SWANSEA CITY 1
Michu 49'
CHICHARITO
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Anderson >> Scholes
Valencia >> Welbeck
Giggs >> Chicharito
Ulasan perlawanan:
Gol lewat yang dijaringkan oleh Ferdinand membolehkan MU memperoleh kemenangan yang dijadikan sebagai hadiah persaraan kepada SAF. Dengan OT dipenuhi ribuan peminat MU, SAF telah diberikan tepukan penghormatan oleh barisan staf dan pemain MU ketika melangkah masuk ke dalam padang sebelum perlawanan dimulakan.
SAF menurunkan kesebelasan utama yang dilihat kuat bagi melayan kunjungan Swansea City (SC) dengan meletakkan gandingan Chicharito dan RVP untuk mengepalai serangan MU. Selepas diketepikan selama hampir dua bulan, Scholes yang turut mengambil keputusan untuk bersara penghujung musim ini diletakkan di bahagian tengah bersama Carrick.
Welbeck dan Kagawa masing-masing bertindak sebagai pemain sayap kiri dan kanan. Bahagian pertahanan menyaksikan gandingan senior Ferdinand dan Vidic di pertahanan tengah dan diapit oleh Jones dan Evra. Tempat penjaga gol utama MU pastinya menjadi milik tetap DDG.
MU boleh dikatakan menguasai sebahagian besar perlawanan apabila Carrick dan Scholes bertindak cukup cemerlang mengawal kawasan tengah padang. Walaubagaimanapun, MU kelihatan kelam-kabut apabila SC melancarkan serangan, walaupun pada hakikatnya tidak begitu banyak sepanjang perlawanan berlangsung.
Chicharito tampak bersemangat untuk menjaringkan gol buat MU apabila kerap menngetuai serangan MU. RVP dilihat lebih selesa dengan tugasan membantu sahaja dan hanya kadang-kala sahaja melakukan percubaan ke arah pintu gol SC.
MU memperoleh gol pertama selepas Chicharito bijak menyambar bola yang tertampan pertahanan SC dengan mrembat leret melepasi penjaga gol SC. Kesilapan pertahanan SC tersebut berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh RVP yang melencong masuk ke dalam kotak penalti SC.
MU seterusnya cuba menggandakan asakan untuk menambahkan jaringan tetapi kebanyakan serangan yang dilancarkan kerap dihalang oleh barisan pertahanan SC. Separuh masa pertama tamat dengan MU mendahului SC 1-0.
Separuh masa kedua menyaksikan SC memulakan perlawanan dengan corak permainan pantas. Hasilnya, SC berjaya menyamakan kedudukan apabila Michu dengan pantas berlari memintas Jones bagi menolak masuk bola ke dalam gawang MU selepas menerima hantaran silang Dyer.
Sejurus gol tersebut, MU mula memberikan tekanan kepada SC bagi memburu kemenangan. Ini adalah kerana, dalam perlawanan terakhir di halaman sendiri buat SAF, MU pastinya ingin memberikan memori yang indah kepada SAF.
MU terpaksa menunggu sehingga babak akhir perlawanan untuk memperoleh gol kemenangan. Ferdinand yang tidak dikawal dalam kotak penalti SC, mudah merembat deras selepas berlaku kekalutan akibat sepakan sudut MU. Gol tersebut merupakan gol pertama Ferdinand dalam tempoh lima tahun selepas kali terakhir Ferdinand mencatatkan nama sebagai penjaring gol MU adalah pada tahun 2008.
Kemenangan ke atas SC hanya menambahkan keceriaan kepada MU yang mengadakan majlis penerimaan piala kejuaraan BPL selepas tamat perlawanan. Dengan kejuaraan BPL ke-20 selamat digapai oleh MU, SAF bersedia untuk meninggalkan dunia kejurulatihan dengan wajah kepuasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan