Selasa, 28 Mei 2013

Kedudukan semasa carta Liga Perdana 2013


Saingan LPM 2013 semakin menghampiri penghujungnya apabila hanya berbaki tiga perlawanan. Selepas mengharungi 19 perlawanan, Sarawak terus cemerlang untuk berada di takhta liga tanpa mengalami sebarang kekalahan. Kemenangan terbaru yang dicatatkan membolehkan Sarawak sudahpun mengesahkan tempatnya untuk layak beraksi dalam Liga Super pada tahun hadapan.

Selain itu, Sarawak juga dilihat memiliki peluang cerah untuk menjadi juara LPM 2013 apabila selesa meninggalkan Sime Darby dengan kelebihan empat mata. Hanya satu lagi kemenangan yang perlu dicari oleh Sarawak untuk ditabalkan sebagai juara.

Sime Darby turut berkelebihan untuk mendapatkan satu lagi slot ke Liga Super bagi mengiringi Sarawak. Johor ketinggalan enam mata di belakang Sime Darby bukan sahaja perlu mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, tetapi juga berharap agar Sime Darby keciciran mata.

Johor dan Kedah yang berjaya berada di kelompok empat pasukan teratas akan bersama Sarawak dan Sime Darby bagi mewakili LPM beraksi dalam saingan Piala Malaysia nanti. 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari Liga Super dan 4 empat pasukan dari LPM akan beradu tenaga bagi merebut piala berprestij bola sepak Malaysia.

Sabah, PDRM, Pos Malaysia, KL SPA Putrajaya dan Perlis tampak akan kekal dalam saingan LPM untuk musim hadapan. Walaubagaimanapun, UiTM dan Kuala Lumpur akan bersaing satu sama lain bagi mengelakkan diri terjerumus dalam zon penyingkiran yang dihuni bersama NS Betaria.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan