Rabu, 15 Mei 2013

Cerita juara dan pengurus


Kebanyakan liga eropah sudahpun menabalkan juara masing-masing. MU kembali menjulang kejuaraan BPL pada musim ini selepas terlepas gelaran tersebut kepada Man City hanya menerusi perbezaan jaringan. Barcelona pula merampas kejuaraan La Liga daripada Real Madrid.

Sepertimana yang berlaku di England dan Sepanyol, Jerman juga menyaksikan juara baru apabila Bayern Munich menjulang kejuaraan Bundesliga, menewaskan juara musim lalu, Borussia Dortmund. Perbelanjaan besar yang dilakukan ternyata berbaloi buat PSG apabila menjadi juara Ligue 1 musim ini.

Prestasi konsisten sepanjang musim membolehkan Juventus ditabalkan sebagai juara Itali. Ajax Amsterdam mencatatkan kejuaraan Eredivise buat kali ketiga berturut-turut manakala Fenerbache menjadi juara Turki dengan adanya sumbangan daripada Drogba dan Sneijder. Juara liga Portugal adalah milik Porto.

Kini tumpuan teralih pula kepada penentuan dua perlawanan akhir iaitu UEL dan UCL. Bagi perlawanan akhir UEL, Chelsea akan bertemu dengan Benfica manakala dua kelab Jerman, Borussia Dortmund dan Bayern Munich akan berlawan antara satu sama lain dalam perlawanan akhir UCL.

Pertembungan Chelsea dengan Benfica akan berlangsung awal pagi Jumaat ini. Chelsea dikatakan tidak dapat menggunakan khidmat Hazard manakala Benfica pula bakal menurunkan barisan terkuatnya. Perlawanan akhir UCL akan diadakan pada awal pagi Ahad 26 Mei 2013.

Musim ini juga menyaksikan beberapa kerusi panas iaitu pengurus pasukan mengalami perubahan, pemecatan dan penggantian. Berita persaraan SAF pastinya amat mengejutkan dunia bola sepak dan David Moyes bakal mengambil alih tampuk pengurusan MU.

Man City pula baru-baru ini telah memecat Roberto Mancini walaupun Mancini berjaya membolehkan Man City menjadi juara BPL musim lepas. Tempatnya hangat diperkatakan akan diambil alih oleh Manuel Pellegrini yang kini merupakan pengurus Malaga. 

Chelsea yang belum mempunyai pengurus tetap di mana ketika ini dibimbing oleh Rafael Benitez yang bertindak sebagai jurulatih sementara berkemungkinan besar akan mendapatkan semula Jose Mourinho. Real Madrid dikatakan akan cuba mengambil Carlo Ancelloti dari PSG bagi menggantikan Mourinho.

Bayern Munich mengambil langkah proaktif bagi mendapatkan Pep Guardiola untuk menjadi pengurus musim hadapan bagi menggantikan Jupp Heynckes. Roberto Martinez pula dilihat sebagai calon yang sesuai untuk menjadi pengurus Everton yang baru walaupun kelab bimbingannya, Wigan Athletic tersingkir dari BPL musim hadapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan