Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 1
Carrick 7'
GALATASARAY 0
Pemain terbaik perlawanan (Pilihan MBD):
Michael Carrick
Kesebelasan utama:
Pemain gantian:
Wellbeck >> Kagawa
Chicharito >> RVP
Fletcher >> Scholes
Ulasan perlawanan:
Gol tunggal yang dijaringkan oleh Carrick sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat MU dan merupakan kemenangan ke 100 MU dalam UCL. Namun, kemenangan awal pagi tadi langsung tidak menggambarkan keyakinan penuh MU bagi menghadapi saingan eropah musim ini. Ternyata para pemain MU gagal untuk merealisasikan permintaan SAF untuk menjadikan OT sebagai kubu kuat MU kerana MU terpaksa bekerja keras untuk menumpaskan Galatasaray.
MU sebenarnya boleh dikatakan bernasib baik kerana tidak berputih mata. Ini adalah kerana Galatasaray telah membuat percubaan yang cukup merbahaya dengan dua kali terkena tiang gol, dua tepisan berturut-turut oleh DDG dan dua insiden yang tidak dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Tambahan pula, Nani gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil kepada MU.
Sepertimana yang dijangkakan, SAF membuat rombakan besar terhadap kesebelasan utama dengan kembali membariskan pemain-pemain utama. Ini adalah kerana SAF tidak ingin lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan pada musim lepas apabila memandang mudah cabaran dalam UCL. Jadi, dengan menurunkan kesebelasan terbaik, MU diharapkan mampu untuk mencatatkan kemenangan.
Carrick meledakkan gol kemenangan MU apabila bijak bertukar hantaran dengan Kagawa sebelum menggelecek penjaga gol Galatasaray, Micol dalam situasi satu lawan satu. Walaupun telah terjatuh, Carrick berjaya menolak bola masuk ke dalam gawang yang kosong. Sejurus gol tersebut, kedua-dua pasukan semakin rancak menyerang antara satu sama lain dengan corak permainan yang agak pantas.
Sepanjang perlawanan berlangsung, terdapat beberapa insiden dalam kotak penalti sehinggakan pengadil kelihatan sukar untuk membuat keputusan yang tepat. Ini sekaligus menafikan MU dan Galatasaray untuk mendapatkan sepakan penalti walaupun insiden-insiden tersebut ada kalanya boleh dikatakan sah. Secara ringkasnya, prestasi pegawai perlawanan agak mengecewakan.
Berbalik kepada MU, walaupun DDG berjaya menidakkan Galatasaray dari membolosi gawang MU, namun DDG masih lagi gagal mengawal kotak penaltinya. DDG seolah-olah tidak berkomunikasi baik dengan Vidic dan Evans di mana terdapat beberapa situasi yang sepatutnya boleh dielakkan. Beraksi dua perlawanan dalam tempoh masa yang singkat, ternyata memberikan kesukaran kepada Scholes. Ini adalah kerana Scholes agak tenggelam pada separuh masa kedua dan kerap kehilangan bola apabila diasak pantas oleh pemain Galatasaray.
RVP yang seharusnya menjadi penyerang MU tidak memberikan impak yang diingini kerana kerap kali berada dalam keadaan belakang badannya menghadap pintu gol. Ini menyukarkan RVP untuk membuat sebarang percubaan dan lebih terarah kepada membuka permainan MU menerusi hantaran ke bahagian tepi. Ini sekaligus menyebabkan ruang Kagawa menjadi sempit dan sukar untuk bergerak selepas RVP turut menjalankan fungsi yang sama seperti Kagawa.
Banyak hantaran Valencia yang disia-siakan kerana ketiadaan pemain MU dalam kotak penalti Galatasaray. Rehat yang selama ini dinantikan oleh Evra ternyata memberikan suatu pemangkin kepada persembahan Evra. Evra boleh dikatakan beraksi dengan baik sama ada ketika bertahan atau membantu serangan. Persembahan Evans juga amat memberangsangkan. Jika tidak mengambil kira sepakan penalti yang tidak masuk, Nani ternyata menampakkan perubahan dari segi prestasinya yang semakin baik.
Kemenangan ke atas Galatasaray secara tidak langsung memberikan kelegaan buat MU yang benar-benar berharap untuk mempamerkan prestasi yang baik dalam saingan UCL musim ini. Sekurang-kurangnya MU telah memulakan saingan peringkat kumpulan dengan langkah kanan. Kini misi seterusnya adalah untuk mencari sekurang-kurangnya 7 mata lagi untuk memastikan tempat ke peringkat seterusnya. Segala kelemahan yang ditunjukkan awal pagi tadi harus diperbaiki dan persediaan yang rapi perlu dijalankan bagi mengharungi perlawanan hangat hujung minggu ini apabila MU akan berkunjung ke Liverpool.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan