MU akan bertemu dengan Wigan Athletic (Wigan) bagi perlawanan keempat BPL musim ini di OT. Dalam tiga perlawanan terdahulu, MU mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan dan pastinya MU akan cuba untuk mencari mata penuh bagi terus menyaingi dengan pasukan teratas carta BPL.
Untuk berhadapan dengan Wigan, persiapan MU sedikit terjejas apabila RVP dan Kagawa dikatakan mengalami kecederaan ketika mewakili negara masing-masing. RVP terpaksa dikeluarkan selepas hanya beraksi dalam separuh masa pertama sementara Kagawa menarik diri sebelum sepak mula perlawanan. Ketiadaan mereka berdua akan menyebabkan MU kehilangan sengat di bahagian serangan selepas tiadanya kelibat Rooney. Namun, RVP dan Kagawa akan menjalani ujian kecergasan bagi menentukan tahap kecergasan masing-masing dan aku yakin mereka berdua dapat diturunkan pada hujung minggu ini.
Berikut merupakan jangkaan aku terhadap kesebelasan utama MU apabila melayan kunjungan Wigan nanti:
Buttner berkemungkinan besar diturunkan bagi membolehkan SAF merehatkan Evra. Cleverly akan terus diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dan diharapkan mampu untuk menunjukkan prestasi cemerlang ketika mewakili England baru-baru ini. Nani akan mengisi slot di sayap kiri setelah memberikan impak ketika MU bertemu Southampton.
Aku merasakan MU mampu untuk mencatatkan kemenangan besar ke atas Wigan. Jadi, aku menjangkakan keputusannya adalah 5-1 di mana RVP sekali lagi meledakkan hatrik dan dua gol lagi disumbangkan oleh Kagawa dan Cleverly.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan