Jumaat, 21 September 2012

Preview: MU vs Liverpool (BPL)


Pertembungan antara seteru lama pada hujung minggu ini yang amat dinanti-nantikan.




Seperti kebiasaannya, pertemuan antara MU dan Liverpool akan menyajikan satu perlawanan yang menarik, sama ada dari segi keputusan perlawanan mahupun insiden di atas padang. Kedua-dua pasukan yang terkenal dengan gelaran 'fiercest rival' mempunyai sejarah hitam tersendiri yang kini cuba ditenteramkan bagi mewujudkan suasana aman di kalangan pemain dan peminat MU dan Liverpool.

MU akan berkunjung ke Anfield selepas dua kali beraksi di OT dalam perlawanan BPL terdahulu. Jika dalam perlawanan pertama, MU telah ditumpaskan oleh Everton, pastinya bagi perlawanan hujung minggu ini, MU tidak mahu lagi berputih mata dengan kekalahan di tangan sebuah lagi kelab bertempat di Merseyside.

Liverpool pula ingin mengelakkan kekalahan kerana kehilangan sebarang mata dalam pertemuan dengan MU akan menyebabkan mereka terperosok di dasar liga. Walaupun ketika ini MU berada di kelompok teratas sementara Liverpool di kumpulan bawah, namun kedudukan dalam liga sememangnya tidak diambil kira langsung apabila MU berjumpa dengan Liverpool.

Kemenangan sukar yang diperoleh pada pertengahan minggu dalam saingan UCL perlu dijadikan platform bagi MU mempamerkan persembahan yang baik pada hujung minggu ini. Rombakan kecil mungkin akan dilakukan oleh SAF terhadap kesebelasan utama bagi memberikan ruang kepada pemain-pemain yang lebih segar dan pertukaran taktikal pasukan. Walaubagaimanapun, Rooney yang kini sudah menjalani latihan dan Fletcher yang beraksi selama 10 minit ketika bertemu Galatasaray akan diletakkan di bangku simpanan.

Liverpool yang beraksi dalam saingan Europa League awal pagi tadi turut merehatkan beberapa pemain utama sebagai persediaan untuk berhadapan dengan MU. Jadi kedua-dua pasukan berkemungkinan besar akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam pertembungan panas nanti.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan:

Dalam perlawanan yang dirasakan panas dengan insiden-insiden hangat, aku menjangkakan MU mampu untuk pulang dengan tiga mata penuh dengan RVP dan Valencia masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan MU menumpaskan Liverpool 2-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan