Rabu, 19 September 2012

Preview: MU vs Galatasaray (UCL)




Awal pagi esok, MU akan melayan kunjungan kelab dari Turki, Galatasaray dalam aksi pembukaan kumpulan H saingan UCL musim ini. Yang pasti, kelebihan beraksi di OT akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan MU memperoleh langkah kanan dalam musim ini.

Dengan kehadiran pemain baru terutamanya Kagawa dan RVP, MU tampak memiliki ramuan yang cukup untuk kembali menyinar di eropah selepas mengalami episod yang cukup mengecewakan pada musim lepas. MU sekali lagi boleh dikatakan bertuah apabila diundi bersama dengan kelab-kelab yang tidaklah terlalu gah di persada eropah sepertimana pada musim lepas. Jadi, segala kesilapan yang dilakukan pada musim lepas, tidak harus diulangi lagi.

Setakat ini, rekod MU ketika bertemu dengan kelab Turki tidaklah begitu memberangsangkan. MU hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan, sekali keputusan seri dan dua kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung di OT.

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, SAF akan menurunkan kesebelasan terbaik MU bagi menentang Galatasaray dan pastinya DDG, Young, Evra, Valencia, Cleverly, RVP dan Kagawa akan kembali tersenarai. Jadi, secara tidak langsung, kesebelasan utama MU pada perlawanan hujung minggu lalu akan dirombak besar-besaran. Rooney pula dijangkakan akan berada di bangku simpanan selepas kembali menjalani latihan bersama skuad utama baru-baru ini.

Seperti Besiktas atau Fenerbache, Galatasaray merupakan salah satu kelab besar di Turki. Dalam perlawanan awal pagi esok, pastinya peminat BPL termasuk MU akan menyaksikan semula kelibat Baros, Eboue dan Elmander yang kini menyarung jersi Galatasaray. Lagenda kelab, Fatih Terim menjadi pengemudi Galatasaray yang tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan di bumi England.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan:

Aku merasakan MU mampu untuk mengecapi kemenangan ke atas Galatasaray dengan keputusan 3-0 dengan RVP, Valencia dan Kagawa meledakkan gol buat MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan