Hari ni bermula UPSR bagi semua budak darjah 6 seluruh Malaysia.
Kalu ikut info dari member aku, iaitu sorang pengerusi PIBG sekolah rendah anak dia, katanya Kementerian Pelajaran nak mansuh UPSR ni dan guna kurikulum baru. Dulu KBSR, nanti nama apa tah, aku pun tak ingat.
Bila dah tadak exam besaq seropa UPSR ni yang hanya diduduki masa tahun akhir skolah rendah yakni darjah 6, penilaian sekolah rendah akan mula awai, dari darjah 1 lagi. Kira markah tu kumulatif la, tambah dari darjah ke satu darjah len. Total semua markah subjek tu, baru la selesai penilaian untuk budak-budak di peringkat skolah rendah.
Balik pada UPSR tahun ni, adik ipaq aku pun amik jugak. So, good luck la kat dia. Tapi yang aku heran, skolah dia bleh lak pi wat bengkel gerak gempur apa tah untuk subjek esok lepas abih ja exam arini. Kira, budak-budak ni abih ja paper arini, terus study kat skolah. Takleh nak release stress langsung hahah. Memang kena la dari dulu orang kata Malaysia ni exam oriented.
Walau apapun, all the best wat semua budak darjah 6. Result tu walaupun penting, tapi tak bapa significant langsung bila ke depan nanti sebab yang penting minat untuk terus belajaq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan