Sepertimana yang telah diketahui, undian peringkat kumpulan bagi saingan UCL musim ini telahpun diadakan dan seperti dijangkakan, akan ada satu kumpulan yang akan menjadi kumpulan maut dengan menempatkan empat pasukan yang kuat.
Kumpulan D akan menyaksikan pertembungan empat juga dari empat liga di eropah. Real Madrid selaku juara La Liga, Man City juara BPL, Ajax juara Eredivise dan Borussia Dortmund juara Bundesliga. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri walaupun Real Madrid dilihat mampu untuk mengisi satu slot sementara satu lagi slot menjadi rebutan tiga lagi pasukan.
Bagi mengelakkan peristiwa malu yang dialami pada musim lepas, SAF telahpun memberikan amaran buat pemainnya agar tidak melakukan kesilapan dalam saingan UCL musim ini apabila MU sekali lagi diundi bersama-sama kelab yang boleh dikatakan tidak terlalu gah. Cuma mungkin Galatasaray yang dirasakan mampu untuk mencabar MU memandangkan kelab Turki tersebut mempunyai rekod yang baik ketika beraksi di halaman sendiri.
Penyandang juara UCL, Chelsea diundi bersama dengan juara Serie A, Juventus, kelab Ukraine Shakhtar Donesk dan pendantang baru UCL iaitu juara Denmark, Nordsjaelland, kelab yang ditubuhkan tidak sampai 30 tahun. Barcelona juga boleh menarik nafas lega kerana berada di kumpulan yang dirasakan tidak terlalu sukar.
Kumpulan-kumpulan lain tampak lebih seimbang. Setakat ini, pertandingan UCL masih belum menyaksikan sebarang kelab berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan