Khamis, 24 Mei 2012

Update pasai MU


Sementara tunggu nak balik gheja, tambah lak ada orang tanya, jadi aku sembang skit la pasai transfer news MU. Kelab len mintak maap la no hehe.


Sepertimana duk tau, hat konfem betoi-betoi kluaq dari MU untuk musim depan adalah Owen. So, lani nombor 7 tu kira available la. Sapa nak pakai nombor tu, taktau lagi. Rasanya, SAF akan wat reformasi a.k.a. perubahan major jugak la kat skuad MU. Fabio dah bagi green light pi Portugal, tapi loan ja la. Anderson pun rasa akan kena juai. Berbatov pun sama. Anderson mungkin akan masuk dalam deal untuk dapat player Benfica, Gaitan. Yang Berbatov lak, untuk beli striker Dortmund, Lewandoski. Nak tau mamat Poland ni power ka dak, sama-sama tengok Euro nanti.

JSP pun mungkin bleh ucap bye-bye dah. Bukan apa, sebelum ni SAF guna JSP sebab nakkan kudrat tenaga angin stamina dia. Tapi bila dah berumoq ni, seropa cam dalam game lawan Man City aritu, JSP nampak dah tak bapa larat. Tapi tak leh nak salah JSP sangat sebab camna nak fit 100% kalu jarang main. Fit ni bukannya bebas dari cedera, tapi lebih kepada match fitness, termasuk jugakla match sharpness.

So, bleh kata, MU akan short dua striker, dua midfield dam sorang defender untuk musim depan. Kurang-kurang, SAF kena bawak masuk tiga player untuk tiap-tiap posisi. Ni hat cam konfem tadak, tak termasuk lagi hat bakal cedera masa musim dah on. Tadak player baru, pakai haruih la MU nak celen Man City lagu mana. Chelsea pun dah konfem akan invest punya, maklumla dah bleh main UCL musim depan.

Lani, untuk midfield, ada empat orang duk sangkut dengan MU. Modric, Kagawa, Hazard dan Dembele. Modric sure akan blah kot sebab Spurs tak masuk UCL. Keputusan Modric nak masuk team mana, kena tunggu lepas Euro dan Spurs jugak la sama ada depa berani juai ka dak. Kagawa lak memang dah kata takmo main kat Bundesliga dah. MU pun dah mai lawat, SAF pun dah jumpa. Jadi, kalu Kagawa kata setuju ja nak join MU, sahih MU akan pi offer teruih kat Dortmund. Harga pun mungkin tak sampai 15 juta pound kot.

Hazard lak lani duk main tarik tali. Mungkin duk cari gaji lebih kot banding dengan peluang nak main. Aku rasa, MU lebih offer peluang main banyak dari Chelsea atau Man City. Bukan apa, MU memang nak sangat playmaker dan Hazard ni memang cukup rempah lah kalau main untuk MU. Dembele lak lebih kepada holding midfielder. Teruih terang cakap, aku lebih suka MU beli si Dembele ni. Baguih jugak mamat ni main. Hold bola memang cukup mantop. Thru ball pun ganas.

So, takat ni aku stop dulu. Bini tepon suh balik hahaha. Sok aku sambung pasai defender dengan striker lak.

2 ulasan:

  1. menarik2..kira mau rombak bnyk gak ni. tp tu la MU sejak 3,4 musim ni,xbnyk labur. sbb harga plyer mahai2 belaka.hmm tguu dn lihat lh nmpknyaa.

    hoilett blackburn xdak dengar ke? mesti mamat ni nk men BPL.uhuhhu

    BalasPadam
  2. Hoilett bukannya tak baguih, cuma nampak cam surplus kat MU sebab lani dah ada Young, Nani, Valencia dan JSP/Giggs. Mungkin kalau JSP jadi pi main kat Turki, MU akan amik Hoilett, kena lak dia pun free ja. Tapi MU kena berebut la kot nak amik Hoilett sebab Arsenal dengan Spurs pun ada interest jugak.

    BalasPadam