Jumaat, 11 Mei 2012

Sembang tin kosong: transfer target MU


Bila dah mai nak abih musim ni, macam-macam la timboi segala bapak rumours berkaitan dengan pemain nak join kelab sekian-sekian. Salah satu kelab yang semestinya curi tumpuan adalah MU la haha.


Dalam satu komentar dalam tenet, ada sorang ni kata MU kena belanja besaq lebih kurang 100 juta pound kalau nak menten bersaing dengan Man City. Mau tak banyak tu, kelab jiran MU tu spend nak dekat 1 billion pound kot, termasuk la transfer fee, gaji, etc. Yang MU lak, walau dapat revenue or profit banyak, duk perabih bayaq utang.

Musim lepas, SAF spend 50 juta untuk beli Young, DDG dan Jones. Duk nampak, DDG la yang bleh consider first team player dan lagi dua lebih kepada squad player. Ha la, impak tak nampak sangat dan lebih sesuai untuk squad rotation. Bila duk dalam kategori squad rotation tu, kira dah tadak orang len bleh main, tak kira la cedera ka, tak perform ka, baru depa ni main. 

Awai aritu punya duk kalut MU nak cari midfielder baru. Alih-alih habuk pun tarak. Mai ja Januari, panggil balik Scholes main. Tapi cam duk kata sebelum ni la, baliknya Scholes ni hanya untuk short term solution. Seropa la dengan Giggs. Lama mana nak harap kudrat depa dua. Ferdinand pun dah kira tua jugak la umoq dah 33 tahun. Mau tak mau, MU kena cari pemain baru takpun player hat duk ada step up depa punya game.

Yang nampak teruk MU ni tak len dan tak bukan adalah midfield la. Fletcher tak tentu lagi bleh main ka dak musim depan. Anderson duk berasa akan kena juai sebab dah la tak perform secara konsisten, dahtu masalah cedera dengan perangai. Cleverly lak tak nampak tanjak lagi walaupun awai musim aritu memang baguih.

Jadi, priority MU untuk musim depan memang kena cari midfielder baru. Aku duk nampak ada dua tiga pemain yang bleh MU beli. Salah sorangnya adalah Moussa Dembele, pemain Fulham tu. Kalu nak ikut asainya, Dembele ni lebih kepada forward takpun back-up striker. Tapi masa Martin Jol amik alih Fulham, dia letak Dembele main MC. Tuptup meletup main kat situ. Dalam dua tiga kali tengok dia main, aku nampak Dembele ni memang ada stail main midfield, bleh hold bola dan buat pin point pass.

Sorang lagi hat aku berkenan adalah Cheick Tiote, anchorman Newcastle United. Memang cukup selamba jadi DM, rilex ja sapu opponent. Attribute yang baguih Tiote ni yang aku rasa adalah bleh curi bola dari kaki lawan. MU dah lama tadak player lagu ni lepas Keane kluaq. Patutnya Hargreaves la main role tu, tapi cedera kerap sangat. Habih kan boreh ja hahah.

Ok, tu untuk MC takpun DM. Lani tengok lak sapa jadi AM or playmaker untuk MU lak. Mungkin kot nak option murah, tak gaduh bayaq transfer fee langsung, MU bleh amik Kagawa. Mamat Jepun ni memang outstanding la kat Dortmund. Bleh kata Kagawa ni step up dia punya game dan jadi nadi Dortmund lepas Sahin blah join Real Madrid. Walaupun badan tak la besaq mana, tapi idea dan kreativiti memang Kagawa ada. Senang cakap, ala-ala Modric jugak la dia ni.

Dapat dua dari tiga orang ni, baru la bleh pikiaq pasai department len. Defend juga kena ada pemain baru, tambah-tambah Fabio pun nak kena bagi loan, Rafael duk merapu dan hat len kot-kot cedera. Hat duk sereyau skali position Evra la kat leftback. Tadak dah pemain len yang bleh celen Evra. Tungging terbalik kot mana pun, Evra duk bleh men. Baguih jugak MU try amik Baines, leftback Everton. Dia main simple dan crossing dia pun comei. Dahtu bleh jugak amik freekick. Terkenang lagenda MU, Irwin yang jugak main leftback.

Setel midfield dengan defend, baru upgrade attcking force MU. Tupun kalu ada bajet la. Kalu takdak, bleh menten takat Rooney, Welbeck dan Chicharito. Owen dengan Berbatov tu bleh la kot kasi men tang len. Combination gaji depa dua tu, bleh bayaq gaji untuk sorang striker baru. Tapi aku rasa dah cukup dah depa tiga orang kalu MU bleh ada back-up striker baguih, yakni sorang yang bleh men AM jugak. Takat la, Young sorang la kot bleh men blakang striker. Mungkin bleh cari sorang lagi, cam Hoilett ka. Budak ni konfem kluaq dari Blackburn Rovers punya, maklumla dah relegate. Free jugak rasanya. So berbaloi la MU amik heheh.

Ni ja yang aku mampu pikiaq takat la ni. Mungkin sapa-sapa nak tambah, bleh boh tang komen hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan