Aiyoyo! Apa la nak jadi dengan team Kedah ni. Asyik main kat SDA ja, kalau tak seri, konfem kalah. Kira duk kena ja, camna la SDA nak full-house. Orang Kedah lani bukan cam dulu la. Bukan sokong menonong ja. Kalu dah teruk, takkan nak perabih det beli tiket tengok 11 orang hat pakai jersi Kedah main merapu.
Walaupun malam tadi, aku tak dan nak tengok game full 90 minit sebab internet umah aku ada masalah, tapi bleh aku katakan yang aku memang cukup kecewa la dengan prestasi Kedah lani. Ni bukannya nak kondem, tapi KENYATAAN! Memang cukup loi la hangpa punya main la.
Dulu-dulu pun aku penah duk heran. Awat yang 3 4 tahun ni Kedah teruk sangat? Hat duk main tu budak-budak baru ka? Tadak pengalaman langsung ka? Setau aku, Kedah masih lagi duk simpan player hat penah main zaman treble dulu. Bukannya sorang saja tau.
Dahtu? Awat yang main cokia sangat? Awai musim dulu bukan ka duk kata import tak power. Tapi lani dah ada hat power. Awat tak menang? Salah coach? Rasanya duk tukaq jugak. Lepaih Azraai, Mat Usop mai, dahtu Nidzam Adha sat tang tengah-tengah Wan Jamak. Takkan tiga orang ni karut sangat sampai takleh nak jadi coach?
Pada aku, senang ja, bukannya 100% la, tapi 60-70% salah tu bleh pi tauk tang player. Ha la, bayaq gaji bukannya 2 3 ribu, ni belaih-belaih ribu cheq oi. Tapi main, jangan cakap la, seropa dot dot dot. Bikin panas saja dong! Orang bukannya suh hangpa tu dribble seropa Ronaldo ka, amik freekick cam Beckham ka. Main la baguih skit. Ni hat basic pun takat tahan bola pun hampeh. Apa cer ni der?
Masa lawan Lions XII kat Singapura aritu, memang cukup sempoi Kedah main. Laju pun laju. Mungkin bleh pi USS kot lepas abih game. Tapi awat bila main kat SDA, pakat jadi karoot komedia abih? Bukannya baru ni, aritu dengan Sarawak pun kena, T-Team pun takleh makan. Malam tadi dengan PKNS. Jahanam betoi la.
Aku bukannya nak take side mana-mana pihak. Tapi aku serius respek kat Wan Jamak sebab berani wat perubahan kat stail Kedah main. Formasi pun try macam-macam. Ikut pendapat aku, kes pertahanan Kedah ceroi sangat tu yang Wan Jamak duk letak 3 CB tu. Tu pun teruk jugak, boloih jugak. Main 2 CB ntah-ntah kena tibai.
Aritu kata marah kat manager sebab tak wat gheja, kata KFA ni tak reti cari import. Ni dah ada hat baguih, siap bleh boh gol kerap, Kedah main tak baguih tara mana pun. Wei! Pikiaq la skit. Bila penyokong marah tu, termasuk dengan maki, bukannya depa meluat benci kat hangpa. Depa sayang la oi kat Kedah. Tolong la main bagi baguih skit. Jangan la duk berangin dan pi marah balik kat penyokong. At least lani, Kedah kena pulun jangan bagi relegate dari Liga Super sudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan